Latest News

Memperdalam kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan pada masa kini / The Right Time for Education Cooperation

Memperdalam kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan pada masa kini / The Right Time for Education Cooperation

Temu bual bersama Prof. Noor Azizi Ismaill, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan | Penulis : Peng Huiru

10757500832 0I1A7134“Universiti Malaysia Kelantan perlu mengukuhkan kerjasama dengan China, kami berharap melalui kerjasama dalam bidang pendidikan, akan terus mengukuhkan hubungan China dengan Malaysia dan juga negeri Kelantan, untuk menggalakkan pembangunan ekonomi di Kelantan. Kami juga berharap universiti-universiti China dapat mengadakan pertukaran dua hala yang saling menguntungkan dan mesra. Ini juga merupakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.”

Baru-baru ini, Prof. Noor Azizi Ismail, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan melawat China dan menerima temu ramah eksklusif dengan majalah China Report ASEAN di Beijing. Naib Canselor universiti yang berilmu itu bukan sahaja mempunyai prestasi akademik yang cemerlang, tetapi juga merupakan seorang pendidik yang komited untuk mempromosikan pembangunan pendidikan China-Malaysia dengan matlamat jangka panjang dan visi bertahap antarabangsa. 

Universiti Malaysia Kelantan mahu gambaran mengalu-alukan pelajar china

Dari universiti hingga Kementerian Pendidikan Malaysia, dari bidang politik hingga bidang pendidikan, pengalaman Prof. Noor Azizi Ismail sendiri ialah suatu gambaran pembangunan pendidikan Malaysia.

Prof. Noor Azizi Ismail memegang ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia, ijazah sarjana di Universiti Memphis di Amerika dalam bidang sistem maklumat dan ijazah PhD di Universiti Loughborough di England dalam bidang sistem maklumat. Pengalaman belajar di luar negara yang praktikal ini telah menjadikan beliau mempunyai perspektif yang global. Selepas berkhidmat di institut pengajian tinggi selama lebih daripada 20 tahun, beliau memasuki Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pegawai kanan. Pada 7 januari 2019, Prof. Noor Azizi Ismail kembali kepada bidang akedemik dan memulakan tempoh tiga tahun sebagai naib canselor di Universiti Malaysia Kelantan.

DSC 3033Univerisiti Malaysia kelantan merupakan sebuah universiti baharu yang diasaskan pada tahun 2006, universiti ini merupakan universiti awam kesembilan belas di Malaysia. Universiti Malaysia Kelantan memberikan tumpuan kepada pencapaian akademik dan membuka peluang pekerjaan untuk menjana semangat sosial, inovatif dan praktikal. Prof. Noor Azizi Ismail berkata Universiti Malaysia Kelantan telah menggabungkan pendidikan keusahawanan ke dalam semua kurikulum, pelajar digalakan untuk melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan selain daripada pembelajaran. Pada tahun 2018 sahaja Universiti Malaysia Kelantan telah mengambil hampir 400 orang pelajar daripada komuniti perniagaan. 

DSC 6701Terdapat banyak pelajar China yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan. Prof. Noor Azizi Ismail memuji prestasi pelajar China. Beliau berkata pelajar China belajar bersungguh-sungguh dan mempunyai kepandaian dalam perniagaan. Beliau juga berharap para pelajar dari kedua-dua negara dapat belajar dari satu sama lain dan sama-sama berusaha meningkatkan prestasi diri dan pelajaran, beliau juga menggalakan pelajar China bergaul dengan penduduk tempatan dan mendalami kekayaan budaya di Malaysia.

Pertukaran pendidikan China-Malaysia bertepatan dengan situasi masa ini

0I1A3485Tahun 2019 bertepatan dengan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China dan merupakan ulang tahun ke-45 penjalinan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Dalam temu bual, Prof. Noor Azizi Ismail berkata sebagai ketua UMK yang baru dilantik, beliau sangat gembira melawat ke China sekali lagi. Beliau terus menggalakkan kerjasama dan pembangunan dalam bidang pendidikan antara China dan Malaysia. Selain memberitahu pemberita bahawa ini adalah kali kelima beliau datang ke China, dan setiap lawatan ke China akan dapat membawa penemuan baharu. Beliau berharap perjalanan kali ini juga akan membuahkan hasil. 

Mengenai tujuan lawatan ke China ini, Prof. Azizi Ismail berkata pada masa kini semakin ramai orang China datang ke Malaysia untuk belajar, menjalankan perniagaan melancong, pertukaran kakitangan dan pertukaran pendidikan antara kedua-dua negara juga lebih kerap. Sejak inisiatif “Jalur dan Laluan” dikemukakan oleh China, Malaysia telah terlibat secara aktif dan menjalinkan kerjasama yang baik dengan China dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sains, dan teknologi serta pelancongan. 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama antara kedua-dua negara di bawah rangka inisiatif “Jalur dan Laluan” disokong oleh kerajaan Malaysia dan semua lapisan masyarakat. Selepas Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau juga bersikap ingin meneruskan kerjasama dengan lebih mesra dengan China. 

Foto International StudentsSZK 0715RPendidikan Malaysia mempunyai reputasi yang baik di peringkat antarabangsa, dalam 2019 QS World University Rankings, 13 buah universiti Malaysia tersenarai, enam buah universiti Malaysia telah terangkum dalam senarai lima universiti termasyhur, hal ini mencerminkan sepenuhnya kejayaan sistem pendidikan di Malaysia. Sehingga kini, terdapat seramai 15,000 pelajar China yang belajar di Malaysia, dan potensi kerjasama pendidikan antara China dan Malaysia sangat besar.

Sebagai langkah penting untuk menyesuaikan dengan trend ini, Universiti Malaysia Kelantan telah berbincang dengan Association of Chinese Returned Student From Malaysia (ACRSM) dan Majlis Perwakilan Alumni  Malaysia di China untuk bersama-sama menubuhkan Belt and Road Business School untuk menggalakkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan, memperdalamkan hubungan mesra dua hala. Prof. Noor Azizi Ismail berkata lawatan ke China kali ini adalah untuk menubuhkan Belt and Road Business School, hal ini telah disokong oleh kedutaan Malaysia di Beijing, Association of Chinese Returned Students From Malaysia (ACRSM) dan Majlis Perwakilan Alumni Malaysia dengan harapan untukmengambil kesempatan ini untuk memperkukuhkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi di China dan mewujudkan kerjasama pendidikan.

DSC 4740Prof. Noor Azizi Ismail berkata Universiti Malaysia Kelantan sangat gembira dapat mengukuhkan hubungan dengan universiti-universiti China. “Inisiatif Jalur dan Laluan” yang dikemukakan oleh President Xi Jinping membolehkan negara-negara jiran berkongsi peluang dan kemakmuran, Malaysia bersedia bersama-sama China untuk mencapai masa depan yang lebih baik. “menjalankan pertukaran mesra dua hala yang memberikan manfaat bersama telah menjadi kewajipan saya sebagai naib canselor Universiti Malaysia Kelantan. Kami berharap universiti China dapat berkomunikasi dengan lebih erat dengan Malaysia. Kami bersedia untuk belajar dari universiti China, mengukuhkan hubungan dengan kerajaan dan mana-mana perusahaan ataupun majikan, di samping meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, pembangunan pendidikan dalam talian serta mengembangkan perkongsian maklumat.”

Wartawan diberitahu bahawa selepas inisiatif Jalur dan Laluan di kemukakan yang oleh China, Kementerian Pendidikan China menjadikan inisiatif Jalur dan Laluan sebagai satu model peringkat tertinggi bagi pertukaran antarabangsa dan kerjasama pendidikan China, melalui kerjasama dan pertukaran pendidikan dengan negara di sepanjang jalan Sutera, akan mendalamkan lagi komunikasi dan pemahaman seluruh dunia terhadap China. Kerjasama pendidikan antara China dan Malaysia telah berkembang pesat. Universiti Xiamen, secara langsung di bawah kementerian pendidikan China, telah membuka kampus cawangan di Malaysia pada tahun 2016 dan menjadi model kerjasama antara kedua-dua negara. Promosi yang berjaya tentang projek Belt and Road Business School di Universiti Malaysia Kelantan akan memberikan galakan baharu terhadap pembangunan pertukaran dan kerjasama China-Malaysia dalam bidang pendidikan.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Exclusive interview with UMK President Noor Azizi Ismail | By Peng Huiru

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) needs to strengthen cooperation with China,” declared UMK President Dr. Noor Azizi Ismail. “We hope to deepen the relations between China and Malaysia, especially Kelantan, through cooperation in education so as to further propel the economic development in Kelantan. At the same time, we also hope that Chinese universities can come to Malaysia for academic exchanges, and it is my task and duty as the president of UMK to promote mutually beneficial and friendly bilateral exchanges.”

Recently, UMK President Noor Azizi Ismail made a visit to China and granted an exclusive interview to China Report ASEAN while in Beijing. This scholarly head of UMK is known for his outstanding academic performance and extraordinary skills as an educator as well as for his long-term goals and an international vision in terms of promoting Sino-Malaysian education cooperation.

Welcoming Chinese Students

From college to Ministry of Higher Education (MHE) of Malaysia, then back to academia from politics, Noor Azizi Ismail’s personal experience highlights drivers of the success of higher education in Malaysia.

Noor Azizi Ismail obtained a bachelor’s degree in accounting from Universiti Kebangsaan Malaysia, a master’s degree in accounting information systems from the University of Memphis and a doctorate in accounting and information systems from Loughborough University. His practical experience studying in the UK and the United States enabled him to accumulate a global perspective on education. After working in a college for more than 20 years, he became a senior official at MHE. On January 7, 2019, Prof Dr. Noor Azizi Ismail returned to the academic community to begin a three-year term as the president of UMK.

Established in 2006, UMK is a young institution of higher learning and the 19thpublic university in Malaysia. The university aims to train students with entrepreneurial spirit and promote and assist in improving the social entrepreneurship environment. It attaches great importance to the transformation of academic achievements with a spirit of innovation and practice.

UMK’s vision is “To champion balanced and holistic human capital development ascribed to entrepreneurial distinction for global prosperity.” Noor Azizi Ismail explained that UMK integrates entrepreneurship education into various subjects and encourages students to engage in business activities while studying. Nearly 400 students from business circles were enrolled in 2018.

Many Chinese students also attend UMK. Noor Azizi Ismail heaped praise on the performance of Chinese students. He noted that Chinese students account for a considerable proportion of international students in Malaysia and that they are hardworking and very business-minded. Azizi expressed hope that students from Malaysia and China can learn from each other and make progress together. He encourages Chinese students to make friends with local residents while experiencing the rich and inclusive culture of Malaysia.

The Right Time

The year 2019 marks the 70thanniversary of the founding of the People’s Republic of China as well as the 45thanniversary of the establishment of the diplomatic relations between China and Malaysia. Azizi said in the interview he was pleased to visit China again as the newly-appointed UMK president to continue to promote Sino-Malaysian education cooperation and development. Although it was his fifth trip to China, he remarked that every visit to China brought fresh discoveries and he hoped this trip would be also fruitful. 

Noor Azizi Ismail asserted that more and more Chinese people are coming to Malaysia to study, conduct business and travel, which makes people-to-people and educational exchanges between the two countries increasingly frequent. Since the Belt and Road Initiative was proposed by China in 2013, Malaysia has become an important node country for Belt and Road cooperation in Southeast Asia. Malaysia has maintained sound cooperation and relations with China in fields of economics, technology and tourism.

In recent years, Malaysian government and people from all walks of life have actively supported cooperation between the two countries under the Belt and Road framework. After Mahathir Mohamad was sworn in as Malaysia’s seventh prime minister in 2018, he also expressed commitment to continue friendly cooperation with China.

Malaysia’s education enjoys a good reputation globally. According to QS World University Rankings 2019, 13 universities from Malaysia are on the list, with six among the world’s top 500, which fully reflects the success of the higher education system in Malaysia.

Today, some 15,000 Chinese students are pursuing further studies in Malaysia, and huge potential for education cooperation between China and Malaysia has emerged.

After rounds of talks, UMK, Association of Chinese Returned Students from Malaysia (ACRSM) and Association of Overseas Chinese Students in Malaysia (AOCSM) decided to jointly establish a “Belt and Road Business School” to further advance education cooperation between China and Malaysia and deepen the development of friendly relations between the two countries.

Noor Azizi Ismail revealed that the objective of this trip to China was to further propel the building of Belt and Road Business School, which had won support from the Embassy of Malaysia, ACRSM and AOCSM. He hoped to seize this opportunity to strengthen cooperation and establish educational partnerships with Chinese universities.

Noor Azizi Ismail also expressed that UMK is very happy to strengthen its ties with Chinese universities. “The Belt and Road Initiative proposed by Chinese President Xi Jinping has enabled neighbouring countries to share opportunities and prosperity,” he said. “Malaysia is ready to work together with China to achieve a better future. It is my duty and mission as the president of UMK to promote mutually beneficial and friendly bilateral exchanges, and we hope that Chinese universities will visit Malaysia more often for exchanges. We are eager to learn from Chinese universities, strengthen relations with governments and employers, upgrade teaching equipment, develop online education and expand our capacity for information exchange.”

China’s Ministry of Education (MOE) has considered the Belt and Road as a top-level design for China’s educational institutions to conduct international cooperation and exchanges. Through education cooperation and exchanges with countries along the Belt and Road, it has deepened understanding between China and the rest of the world.

Sino-Malaysian education cooperation has developed fast. Xiamen University, directly under the MOE, opened a campus in Malaysia in 2016, becoming a model of education cooperation between the two countries. The successful advancement of UMK’s “Belt and Road Business School” project will provide new impetus for educational exchanges and cooperation between China and Malaysia.

Read 1106 times Last modified on Tuesday, 16 July 2019 23:21
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search