Latest News

UMK BEKERJASAMA MENJAYAKAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

5 1

Teks dan Foto : Pusat Komunikasi Korporat

PENGKALAN CHEPA 16 Julai I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyokong aktiviti dan program ke arah pemerkasaan bidang pendidikan negara.

Hal ini terbukti apabila UMK bekerjasama dengan Bahagian Sukan, Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menjayakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula pada 15 Julai yang lalu.

Mengulas mengenai peranan UMK, Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, gembira apabila universiti ini dapat bersama menjayakan Pertandingan Bahas BahasaMelayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2019.

“UMK memang komited, kita sedar generasi muda adalah pewaris negara ini maka kita dengan tangan terbuka sentiasa menyokong aktiviti atau program yang dapat memperkasakan pembangunan jiwa anak-anak kita untuk menjadi pelajar kental,”katanya.

1Pertandingan bahas ini bertujuan melatih semangat berani dan ketajaman fikiran di kalangan pelajar cilik apabila berhujah atau berucap di hadapan ramai orang. Peserta juga diwajibkan menggunakan bahasa yang betul.

Pertandingan yang dibahagikan kepada dua bahagian ini disertai oleh lebih 20 buah sekolah rendah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Memang menjadi matlamat kita juga, suasana dan persekitaran universiti ini akan menyuntik semangat mahu melangkah kaki ke menara gading. Kita doakan anak-anak ini berjaya hingga menara gading suatu hari nanti. Bagi seluruh warga UMK, saya mengucapkan selamat datang kepada anak-anak kita kita ini,” katanya.

4

Read 1226 times
Rate this item
(1 Vote)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search