Latest News

BUILD BRAND BERSAMA KUBI SPRINGER

BUILD BRAND BERSAMA KUBI SPRINGER

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat | Foto : Al Azam Razi

0I1A5903KOTA BHARU 17 Julai I Sebagai sebuah universiti keusahawanan dan berwawasan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kini terus berusaha membimbing para akademia, usahawan dan syarikat ke arah laluan masa hadapan yang cemerlang untuk memacu kejayaan dan memajukan industri di negara ini.

Justeru, UMK buat julung kalinya menganjurkan bengkel pembinaan jenama bersama perunding penjenamaan antarabangsa terkenal iaitu Kubi Stringer.

Hampir 40 peserta terdiri daripada para akademia, usahawan dan syarikat korporat menyertai program yang dikenali sebagai Build Brand Bersama Kubi Springer yang diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Peserta terdiri daripada syarikat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Cosmoderm, TNB Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, bengkel ini mendorong kepada mewujudkan lebih banyak penyelesaian berinovatif untuk membantu memajukan industri, usahawan dan pensyarah khususnya penjenamaan produk untuk meningkat dan mengubah industri.

0I1A6022Beliau berkata, Kubi Springer adalah perunding kepada beberapa jenama terbesar di dunia seperti Nike, L'Oreal, Blackberry, MTV, Justin Timberlake, Rolls Royce Motor Cars dan Aston Martin.

“Selain itu, Kubi pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat di Malaysia termasuk Mimpikita, Sugar Scarf dan Brahims pada 2013 hingga 2015 bagi memasarkan produk syarikat tersebut ke peringkat antarabangsa. Adalah penting bagi usahawan dan organisasi bahawa pembinaan jenama adalah aspek penting kepada mereka dan organisasi,” katanya.

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, penjenamaan peribadi dan institusi menawarkan banyak faedah kepada kehidupan dan kerjaya seseorang kerana ia membantu dalam membina keyakinan semasa memperoleh kepercayaan, kesahihan, dan kredibiliti.

Katanya, antara topik lain ialah keutamaan dan strategi atau formula berkesan untuk mengembangkan perniagaan dan menguasai pasaran produk wanita.

0I1A5990“Untuk meletakkan UMK sebagai universiti keusahawanan, Ia bermula dengan penjenamaan kerana jenama menjelaskan tentang, mengapa dan apa tentang organisasi.Jenama mewujudkan kepercayaan untuk membina hubungan kerana jenama akan meningkatkan kredibiliti, keyakinan dan keaslian,” katanya.

Sementara itu, Kubi Springer berkata penjenamaan ditakrifkan sebagai nama, slogan, tanda, simbol atau reka bentuk, atau gabungan unsur-unsur ini, yang membezakan satu syarikat, produk, atau perkhidmatan daripada yang lain.

Kubi Springer menyifatkan penjenamaan (perniagaan / produk) pada hari ini lebih kompleks dan amat penting.

“Pada pandangan saya, sebahagian usahawan tidak lagi meletakkan aspek penjenamaan sebagai perkara pertama terpenting dalam perniagaan sebaliknya ramai yang memberi fokus kepada produk dan harga untuk bersaing dipasaran,” katanya.

Menurut beliau lagi, produk memberi kesan kepada faktor pembelian yang seterusnya akan meningkatkan kadar jualan.

0I1A6045

Read 844 times Last modified on Wednesday, 17 July 2019 18:55
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search