Latest News

UMK ANJUR PROGRAM ZIARAH PRIHATIN PELAJAR ASNAF DAN PESAKIT KRONIK

UMK ANJUR PROGRAM ZIARAH PRIHATIN PELAJAR ASNAF DAN PESAKIT KRONIK

4KUALA LUMPUR 17 Julai | Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), hari ini menziarahi lima pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menghidap penyakit kronik dan empat pelajar kurang berkemampuan di sekitar Lembah Kelang sempena Program Ziarah Prihatin Universiti Malaysa Kelantan (UMK) 2019.

Program itu diketuai oleh Penolong Pendaftar, Puan Noorafnie Edura Ab. Manaf, yang telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan bantuan kewangan kepada kelima-lima pelajar tersebut di kediaman masing-masing.

3Kunjungan pertama adalah ke kediaman pelajar tahun akhir Fakulti Keusahawanan Perniagaan (FKP), Adiya Natasha Azlan Shah yang menghidap penyakit Kanser Limfoma.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik Dan Perniagaan Pengedaran) terpaksa menangguhkan pengajian selepas disahkan menghidap kanser pada awal tahun 2019 yang kini sedang menjalani rawatan kimoterapi. 

Selain daripada itu, program ini juga turut melibatkan empat buah keluarga pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.

2Turut hadir, program tersebut ialah staf Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Encik Mohd Fahlil Mat Jusoh dan Puan Ismazura Ismail.

Program Ziarah Prihatin turut mendapat sokongan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan pengurusan UMK sebagai tanda keperihatinan dalam menjaga hal ehwal kebajikan para pelajar di UMK.

Read 712 times Last modified on Wednesday, 17 July 2019 18:46
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search