Print this page
PASUKAN BOLA SEPAK VETERAN UMK MENGAUM GARANG LAYAK KE PUSINGAN KEDUA

PASUKAN BOLA SEPAK VETERAN UMK MENGAUM GARANG LAYAK KE PUSINGAN KEDUA

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat | Foto : Al Azam Razi

0I1A6469SHAH ALAM 22 Julai I Skuad bimbingan Mohd Zulhusmie Mohd Nasir layak pusingan kedua acara bola sepak veteran Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) hari ini selepas mencatat dua kemenangan dan tewas satu kali.

Walaupun terpaksa bekerja keras pada pusingan pertama skuad bola sepak veteran berjaya memastikan kemenangan berpihak kepada UMK untuk layak ke peringkat seterusnya.

Mohd Zulhusmie merakamkan terima kasih kepada pemain dan pengurusan dengan semangat kesukanan yang dipamerkan pada ketiga-tiga perlawanan.

0I1A6588Katanya, perlawanan pertama UMK berjaya mengutip tiga mata pertama dengan mengejutkan pasukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan jaringan 2 - 1.

Skuad UMK yang diketuai Aziz Pa'adek cemerlang mengemudi barisan pertahanan dari mudah dibolosi pihak lawan.

Sementara itu, jaringan pertama oleh Zulkifli Abd Ghani dihasilkan menerusi aksi cemerlang dengan tandukan yang bergaya hasil dari hantaran pemain tengah, Ruzaha.

0I1A6579Pada perlawanan kedua, UMK berjaya menewaskan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan jaringan 4-0.

Manakala pada perlawanan penentuan juara kumpulan UMK tewas kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dengan jaringan 3 - 0.

Mohd Zulhusmie akan memastikan anak buahnya kekal cergas dan fokus untuk perlawanan pada pusingan kedua.

Katanya, kekal dengan semangat juang yang tinggi dan tidak sesekali memandang rendah kebolehan pasukan lawan.

Read 967 times Last modified on Monday, 22 July 2019 18:04
Rate this item
(0 votes)