Latest News

KOLABORASI UMK - INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH) 

KOLABORASI UMK - INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH) 

Pada 18 Julai 2019 (Khamis), satu mesyuarat kolaborasi di antara National Institute Occupational Safety & Health (NIOSH) Wilayah Pantai Timur dan Universiti Malaysia Kelantan ( UMK)melalui CMeOSH telah diadakan bagi membincangkan kerjasama dan kolaborasi serta berkongsi maklumat dan idea berkaitan latihan dan kursus dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), disamping meningkatkan kerjasama antara NIOSH dan UMK. 

WhatsApp Image 2019 07 21 at 10.03.50 AMDelegasi NIOSH diketuai oleh En. Hisyamuddin Bin Mohamad, Pengurus NIOSH Wilayah Pantai Timur bersama dengan dua iringan staf NIOSH iaitu En. Md. Alfie Syahreen Bin Haris dan En. Muhamad Hafizan Bin Ghazali. NIOSH adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang ditubuhkan pada tahun 1992. Objektif penubuhan NIOSH adalah berdasarkan kepada empat teras utama iaitu latihan, penyebaran maklumat, penyelidikan dan pembangunan, serta khidmat rundingan berhubung dengan perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. 

Semoga kerjasama yang terjalin dapat memastikan sebarang cabaran dan masalah dalam menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dapat ditangani dikalangan warga UMK khasnya. Selain itu, dengan harapan kolaborasi ini dapat memberikan impak kepada komuniti dan masyarakat setempat di wilayah pantai timur khususnya dalam memastikan budaya KKP dapat diterapkan dengan lebih meluas. 

Sehubungan itu, pihak CMeOSH menyeru kepada semua warga UMK untuk bersama-sama dalam menyokong hasrat UMK dalam memastikan budaya KKP ini dapat ditingkatkan. Semoga dengan semangat ini, dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia khususnya. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.

Read 1544 times Last modified on Tuesday, 23 July 2019 01:05
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 2 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search