Print this page
PING PONG UMK JUARA KUMPULAN

PING PONG UMK JUARA KUMPULAN

0I1A6412SHAH ALAM 22 Julai - Walaupun julung kali Pasukan Ping Pong UMK menyertai acara Ping Pong Berpasukan Karnival Sukan Badan Berkanun ( SUKANUN), dengan semangat UMK Boleh, pasukan ping pong mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga mampu menjuarai kumpulan selepas menumpaskan  semua pasukan yang berada dalam kumpulan B iaitu BSN dan Tourism.

Menurut Pengurus Pasukan, En Amirul Firdaus Zilah, sememangnya keputusan yang dicapai pada hari ini merupakan sesuatu keputusan di luar jangkaan memandangkan ini kali pertama Ping Pong UMK menyertai SUKANUN dan berada dalam kumpulan yang sama dengan Naib Juara Ping Pong Berpasukan SUKANUN edisi lepas iaitu BSN dan pasukan kuat seperti Tourism.

Bagaimanapun, kata beliau lagi, dengan kesungguhan dan kerja keras dalam latihan, kemenangan dalam dua perlawanan pertama ini dapat dicapai seterusnya menduduki tangga teratas dalam kumpulan B.

0I1A6435Pada perlawanan pertama yang diadakan di sebelah pagi, Ping Pong UMK berjaya membenam pasukan pilihan BSN dengan keputusan kemenangan 3 berbalas 2. Manakala di sebelah petangnya, momentum kemenangan dapat terus dikekalkan dengan kemenangan juga 3 berbalas 2 ketika menentang Tourism.

Menurutnya lagi, siri kemenangan dan pencapaian menjadi juara kumpulan ini akan menjadi tonik terbaik pasukan menjelang pusingan kedua yang akan bermula pada petang 23 Julai 2019 yang mana pesaing seterusnya akan ditentukan menerusi undian.

Pasukan Ping Pong UMK berharap kemenangan akan dapat terus dicapai seterusnya layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir kejohanan ini yang pertama kali disertai pada tahun ini.

Read 935 times Last modified on Tuesday, 23 July 2019 14:30
Rate this item
(0 votes)