Latest News

STAF CEMERLANG PEMACU KEJAYAAN UNIVERSITI DAN MENJADI  MODEL CONTOH  KEPADA RAKAN SEKERJA

STAF CEMERLANG PEMACU KEJAYAAN UNIVERSITI DAN MENJADI MODEL CONTOH KEPADA RAKAN SEKERJA

233 Staf Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UMK 2018

0I1A8579PENGKALAN CHEPA 1 Ogos I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meraikan seramai 233 orang staf dan penerima sijil kecemerlangan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2018. Daripada jumlah itu, 98 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti (APC), 36 orang penerima Anugerah Gemilang Universiti (AGU), 95 orang penerima Anugerah Jasa Universiti (AJU), tiga (3) orang penerima Anugerah Jasa Bakti Universiti (AJB) dan Anugerah Jasa Setia (AJS) .

Pada majlis itu, UMK turut menganugerahkan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018 kepada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (kategori akademik) dan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (kategori pendatdbiran). Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000.00 dan piala.

0I1A8587Kesemua anugerah telah disampaikan oleh Tengku Temenggong Kelantan selaku Pro Canselor UMK, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.

Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, anugerah ini diadakan bertujuan untuk menerapkan elemen budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi bagi menggalakkan penjawat awam untuk terus kekal bersaing.

Katanya, staf yang diraikan pada hari ini adalah mereka yang sentiasa memberikan komitmen yang jitu dan sentiasa mengamalkan daya usaha bagi mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti terutama ke arah mendepani Revolusi Industri 4.0 (4IR).

0I1A8167“Bagi memastikan UMK terus mengekalkan inklusiviti ini maka salah satu elemen aspirasi yang saya tekankan adalah pembangunan Modal Insan dimana tiga inisiatif akan difokuskan iaitu pemerkasaan pengurusan bakat, pembinaan kapasiti kepimpinan dan memperkasakan kumpulan bakat di UMK itu sendiri.

“Selain itu, pencapaian ini menjadi fokus utama didalam lonjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM (PT) 2015-2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 UMK di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi turut menyifatkan, kehadiran Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam menjadi satu manifestasi serta bukti bahawa betapa pengurusan tertinggi UMK sangat prihatin dan menghargai segala komitmen kecemerlangan yang telah diberikan oleh Staf Universiti ini.

ABH 6257Tambahnya, pihak pengurusan tertinggi UMK amat menghargai setiap titik keringat dan tidak pernah sesekali melupakan warganya yang telah bertungkus lumus membantu dalam kecemerlangan UMK bak kata pepatah “Walau Dapat Gading Bertuah, Tanduk lama Dilupa Jangan”.

Kejayaan gemilang yang telah kita capai bersama pada hari ini adalah hasil daripada komitmen dan kerjasama baik dari semua pihak selari dengan frasa rangsangan yang kita laungkan iaitu   Kita#BinaLegasi UMK Bersama, #WeAreUMKFamily dan #OneUMKOne Dream.

Read 531 times Last modified on Friday, 02 August 2019 15:58
Rate this item
(1 Vote)

What Our International Students Say?

Latest Update: 12 December 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search