Latest News

USAHA PRMBANGUNAN DAN PEMBINAAN USAHAWAN OLEH UMK MENDAPAT PERHATIAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MALAYSIA (MED)

5 1

PUTRAJAYA 10 OGOS I Pelbagai program dan usaha Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menzahirkan kumpulan graduan usahawan mendapat kekaguman Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). Bahkan komitmen UMK dalam pembangunan komuniti usahawan yang tidak hanya memfokus kepada para graduannya semata-mata disokong dan digalakkan oleh MED. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha nya Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dipertemuan meraikan kunjungan hormat deligasi UMK yang diketuai oleh Naib Canselor nya Prof Ts Dr. Noor Azizi Ismail.

Turut hadir ialah pegawai utama agensi yang bernaung di bawah MED seperti Bank Rakyat, Tekun Nasional, SMEcorp, SME Bank, Institut Koperasi Malaysia, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

"MED menyambut baik proposal kerjasama ini dan saya sangat menyokong untuk setiap agensi kami yang ada di sini pada pagi ini untuk melihat aspek mana yang boleh disegerakan agar nanti pelaksanaan menjadi lebih kemas dan lebih berimpak," katanya.

3Sehubungan dengan itu Datuk Wan Suraya positif untuk bekerjasama dengan UMK bagi penganjuran Malam Anugerah Keusahawanan Sosial (MAKS) yang dijangkakan berlangsung selewat - lewatnya awal 2020. MAKS adalah salah satu proposal yang dikongsikan oleh UMK kepada MED.

Prof Ts Dr. Noor Azizi menyifatkan kunjungan hormat ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama dalam skop yang lebih besar kerana MED dan UMK membawa aspirasi yang sama di bawah payung keusahawanan.

"Komitmen positif yang ditunjukkan oleh MED akan merealisasikan inspirasi Dasar Keusahawanan Negara 2030," katanya.

Menurut beliau lagi, MED memberi penekanan kepada kepentingan meningkatkan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan asnaf.

“Selain itu, dasar MED juga memartabatkan industri halal di Negara ini dan perkara ini sambut baik oleh UMK. Ini selaras dengan penubuhan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) mempunyai ekosistem dalam membangunkan projek golongan B40 dan asnaf,” katanya.

Tambah beliau, ini termasuklah peranan Institut Keusahawan UMK (UMKEI) yang memberi penumpuan khusus kepada beberapa projek industri halal yang boleh di perkasakan lagi melalui kerjasama UMK-MED.

“DKN 2030 meletakkan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan ini adalah selari dengan kewujudan UMK sebagai sebuah universiti yang berteraskan keusahawanan. Oleh itu amatlah bertepatan sekali kerjasama erat antara agensi- agensi kerajaan ini di dapat perkasakan” katanya.

Menyentuh mengenai MAKS Pengarah Institut Keusahawanan NUMK-EI, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata MAKS adalah anugerah berprestij yang di rancang pada tahun hadapan bermatlamat untuk memartabatkan keusahawanan sosial di negara ini.

“Ini disambut baik oleh MAGIC, iaitu sebuah organisasi yang menjadi pendokong keusahawanan sosial di negara ini.

2

Read 675 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 18 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search