Latest News

27 PEGAWAI KADET KOR SISPA UMK TERIMA WATIKAH SERDANG

27 PEGAWAI KADET KOR SISPA UMK TERIMA WATIKAH SERDANG

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat Foto I Al Azam Razi

18 Ogos I Seramai 27 pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dikurniakan pangkat Leftenan Muda (PA) pada Majlis Pertauliahan Kor SISPA Institut Pengajian Tinggi Awam peringkat kebangsaan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, hari ini.

Pada majlis itu juga, seramai 758 kadet Kor SISPA dari 20 Universiti Awam di seluruh negara berjaya menamatkan latihan dan menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda daripada Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari.

Turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Ketua Pesuruhjaya APM Malaysia, Datuk Roslan Wahab.

Majlis Penganugerahan pangkat ini melengkapkan silibus yang telah ditetapkan selama tiga tahun untuk melayakkan anggota Kor SISPA dianugerahkan pangkat tersebut.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob selaku Komandan Kor SISPA UMK, berkata, penglibatan mahasiswa menganggotai Kor SISPA ini berjaya meluaskan pengalaman dan membentuk pelajar mempratikkan ciri-ciri kemahiran insaniah (soft skills).

Katanya, penglibatan pelajar selama empat hari berkampung di sini akan membantu mereka khususnya untuk penyelarasan Kor SISPA diperingkat Universiti dengan menganjurkan pelbagai aktiviti, program dan majlis pada masa akan datang.

"Saya yakin pentauliahan ini dapat memacu Kor Sispa ke peringkat yang lebih cemerlang dan secara tidak langsung membantu semua anggota memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara dan universiti,” katanya.

Dalam pada itu, Ajutan Kor SISPA UMK, En Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib berkata, ini merupakan pentauliahan kali keempat sejak penubuhan Kor Sispa UMK iaitu melibatkan seramai 162 orang secara keseluruhan.

Katanya, Kor SISPA UMK bermula pada tahun 2010 melalui penyertaan pertama pada Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA yang diadakan di UiTM, Shah Alam, Selangor.

"Hasil daripada penglibatan secara serius dalam program Kor SISPA dan melalui sokongan Pengurusan Tertinggi UMK, penubuhan Kor SISPA UMK telah diluluskan pada 31 Disember 2011 oleh APM, “ katanya.

Sementara itu, Leftenan Muda, Nur Azila Suriadi telah berjaya menerima anugerah PKS Terbaik UMK. Beliau merupakan pelajar Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) Dengan Kepujian di Universiti Malaysia Kelantan.

Nur Azila menyifatkan ilmu dan pengetahuan diperoleh semasa latihan adalah amat mencabar tetapi menyeronokkan.

Beliau percaya pentauliahan pangkat hari ini akan menyuntik komitmen yang tidakberbelah bahagi kepada universiti untuk menjadikan Kor SISPA UMK yang terbaik di kalangan UA lain.

"Walaupun terpaksa berkorban masa contohnya cuti Hari Raya Aidiladha lalu untuk hadir kursus yang ditetapkan, saya gembira. Saya percaya ilmu kepimpinan, disiplin, kerja berpasukan serta jati diri yang diperolehi lebih penting,” katanya.

Pada majlis itu, pasukan Kor SISPA turut menyertai Pertandingan Kawad Kaki, Road Accident Management (RAM) dan SISPA Challenge.

Read 1177 times Last modified on Monday, 19 August 2019 23:22
Rate this item
(1 Vote)

What Our International Students Say?

Latest Update: 2 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search