Print this page

SUMBANG BAKTI KOR SISPA UMK KEPADA KOMUNITI

WhatsApp Image 2019 08 19 at 10.07.04 PM

Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Al Azam Razi

SERDANG 19 Ogos I Penglibatan mahasiswa di dalam pasukan beruniform, kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) bukan sahaja mampu mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin dengan ciri-ciri kemahiran insaniah (soft skills) malah menjadi platform terbaik kepada mereka untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti dalam aktiviti kemasyarakatan.


WhatsApp Image 2019 08 19 at 10.07.04 PM 1Justeru, bersempena dengan Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), seramai 27 pegawai kadet Kor SISPA Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai Program Jom Sihat dan Lestari Bersama Komuniti yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, YB. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud.


Menurut Ajutan Kor Sispa UMK, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib, program ini berbentuk rekreasi dan riadah sambil bergotong-royong membersihkan kawasan di 20 kawasan sekitar yang terletak di zon kampus UPM di Serdang.


Katanya, program ini melibatkan 1000 Kor SISPA daripada semua IPT dengan objektif utamanya adalah untuk meningkatkan penglibatan anggota melalui aktiviti kesukarelawanan terutamanya dengan komuniti setempat selaras dengan pembangunan sahsiah anggota badan beruniform khususnya Kor Sispa.


Selain daripada Program Gotong-royong Komuniti Perdana, turut diadakan aktiviti lain seperti Kayuhan Hidup sihat MPSJ 2019, Fun Run dan Cabutan Bertuah.

WhatsApp Image 2019 08 19 at 10.07.03 PM

Read 808 times
Rate this item
(0 votes)