Print this page
UMK TAWAR TEMPAT PELAJAR INDONESIA LANJUT PENGAJIAN MENERUSI KERJASAMA DENGAN LEMBAGA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN (LPP) PROVINSI NUSA TENGGARA BARAT (NTB) REPUBLIK INDONESIA

UMK TAWAR TEMPAT PELAJAR INDONESIA LANJUT PENGAJIAN MENERUSI KERJASAMA DENGAN LEMBAGA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN (LPP) PROVINSI NUSA TENGGARA BARAT (NTB) REPUBLIK INDONESIA

0I1A8164PUTRAJAYA 24 Ogos 2019 | Peluang semakin terbuka luas kepada bakal graduan dari Indonesia melanjutkan pengajian mereka di mana-mana universiti awam Malaysia khususnya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hasil pemeteraian persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pengembangan Pendidikan (LPP), Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia, di Putrajaya, pada 23 Ogos 2019.

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, berkata, UMK sentiasa bersedia menawarkan tempat kepada pelajar daripada Indonesia yang berhasrat untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di lapan fakulti.

0I1A8111Beliau menyifatkan, kerjasama ini juga memberi peluang kepada UMK untuk mempromosi dan mengenengahkan UMK sebagai sebuah pusat pembelajaran tinggi yang ulung dan menarik lebih ramai pelajar luar negara untuk melanjutkan pendidikan mereka di UMK.

“Sebagai sebuah universiti keusahawanan di negara ini, UMK akan memberi penekanan terhadap aspek keusahawanan yang menjadi subjek fokus dalam pemantapan kendiri pelajar dalam perlbagai disiplin pengajian. Selain itu, UMK akan memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar dan kemahiran insaniah dan pengalaman pembelajaran termasuk di peringkat global,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pengembangan Pendidikan (LPP), Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.

0I1A8272Sebanyak 18 institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat dalam MoU itu antaranya UMK, Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Majlis MoU itu disaksikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malek dan Gabenor Provinsi Nusa Tenggara Barat Indonesia, Dr. H. Zulkieflimansyah

MoU UMK dan LPP NTB itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Direktor LPP NTB, Irwan Rahadi.

Melalui MoU tersebut, Majlis Dekan Pengajian Siswazah Universiti telah merangka pakej khas untuk para pelajar LPP NTB yang berminat melanjutkan pengajian ke negara ini.

0I1A8233Menurut YB Dr. Maszlee, MoU itu akan meningkat dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan tinggi.

“Keutamaan objektif kerjasama ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Indonesia ke Malaysia,” katanya.

Menurut beliau lagi kerjasama pendidikan ini akan menjadi perintis kepada kerjasama lain dengan negara rantau Asia Tenggara.

0I1A8179

Read 672 times Last modified on Saturday, 24 August 2019 21:18
Rate this item
(0 votes)