Latest News

PROGRAM RANGKAIAN PENYELIDIKAN AWAM DAN SWASTA BERI MANFAAT BESAR KEPADA KOMUNITI

WhatsApp Image 2019 08 24 at 2.42.29 PM

KOTA BHARU 22 Ogos I Bengkel Program Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bukan sahaja berjaya mengenalpasti permasalahan (problem statement) industri tetapi dapat membantu meningkatkan tiga kali ganda produktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro industri.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Penyelidikan Dan Penyelarasan Dasar, Cawangan Perancangan Strategik, Unit Penyelidikan PPRN, KPM, Dr. Siti Fazriah Raja Mohamed, berkata program PPRN bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan melalui jaringan kerjasama universiti dan industri.

Katanya, menerusi bengkel ini banyak pertanyaan dan kekeliruan berjaya dirungkaikan melalui taklimat secara terus untuk mengenalpasti permasalahan yang berlaku.

“Ini adalah pendekatan terbaik daripada pihak universiti. UMK adalah IPT (Institusi Pendidikan Tinggi) pertama yang telah menjemput pihak KPM menyampaikan taklimat secara terus kepada penyelidik dan memberikan konsultasi khas untuk projek yang tertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada 50 usahawan dan 60 penyelidik UMK yang menyertai bengkel PPRN 2.0 anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNCPI) melalui Pusat Jaringan Industri Universiti Universiti (CUIC) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK dengan kerjasama KPM di Hotel Jewels Kota Bharu, Kelantan, pada 21 Ogos 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts Dr. Arham Abdullah, Pengarah Pusat Jaringan Industri Universiti (CUIC), Prof . Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak dan Timbalan Pendaftar CUIC, Pn Alifah Adnan.

PPRN merupakan inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada KPM dan PPRN merupakan antara inisiatif Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Sementara itu, Prof . Madya Dr. Wan Mohd Faizal berkata, melalui bengkel ini kita telah berjaya menghasilkan 12 potensi permasalahan antara lain berkai dengan bidang pertukangan emas, perlombongan, penternakan, pemprosesan makanan dan hospitaliti untuk permohonan baharu.

Katanya, pengenalpastian projek baharu ini adalah usaha kerjasama akademia dan industri untuk mendapatkan geran PPRN 2.0.

Beliau berharap para penyelidik UMK merebut peluang ini memanafaatkan peluang ini. Universiti ini mempunyai ramai selari dengan matlamat UMK untuk membantu pihak industri /syarikat di sekitar negeri Kelantan memperolehi manfaat bagi memajukan perniagaan terutama melalui geran PPRN yang ditawarkan.

“Ini adalah selaras dengan peranan Universiti untuk komuniti dan UMK sebagai Universiti Keusahawanan,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Foto I Aiman Syazwan

Read 936 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 2 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search