Latest News

UMK TUAN RUMAH KONGRES SOSIO EKONOMI NEGERI KELANTAN 2019

6ce7aaf7 9cb7 4304 a193 3e4681cd3c84

PENGKALAN CHEPA 27 Ogos I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kongres Sosioekonomi Negeri Kelantan 2019 bermula hari ini hingga 29 Ogos 2019.

Kongres dua hari ini bertemakan Inklusiviti Memperkasakan Kelantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Y.B.M Tengku Tan Sri Dato’ Hj. Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

5db9f1cc dcae 4470 86c9 33455edd5ae3Dalam pada itu, ucaptama Kongres Sosio Ekonomi Negeri Kelantan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin bertajuk Inklusiviti Dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Kelantan.

Kongres ini akan memberi keutamaan kepada usaha UMK untuk menggembleng gagasan para pakar untuk bersama memberi pandangan demi kemakmuran negeri Kelantan.

Titah Tengku Temenggong, YBM Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Rizam berkata, kongres ini adalah sebagai penyediaan platform untuk bekerja bersama antara pelbagai pihak, khususnya antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.

Titah beliau, kerjasama berdasarkan kepada potensi yang ada di Kelantan yang tidak dapat dimaksimumkan manfaatnya.

“Saya percaya bahawa potensi yang ada pada Kelantan adalah amat besar. Buktinya, bagaimana modal insan rakyat Kelantan yang diaspora sifatnya telah bersama menyumbang kepada pembangunan di luar Kelantan. Lihatlah bagaimana mereka di perantauan, mereka menjadi ikon dari pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pentadbir dalam pelbagai agensi, terkenal sebagai tokoh korporat, ikon keusahawanan dan sebagainya,” katanya pada ucapan perasmian di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ (Dr.) Husammuddin Yaacub, Naib Canselor UMK, Prof . Ts . Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, YM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En. Mohd Nazri Mat Noor.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan merangkap Pengerusi Pelaksana Kongres Sosio Ekonomi Negeri Kelantan, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail dan Pengerusi Yayasan Bina Lestari merangkap Pengerusi Pelaksana Bersama, En. Wan Muhammad Izzudin Wan Sulaiman.

bf4a76e5 8559 4aff b16e 8da2a242e69aTitah Tengku Temenggong, kita maklum UMK bukan sahaja mempunyai kekuatan dari aspek penyediaan program akademik dari fakulti pengajian yang signifikan kepada industri tetapi universiti ini juga mempunyai institut yang mampu memberi impak kepada komuniti seperti Institut Keusahawanan dan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK).

Titahnya, dari sisi yang lain, bagi melonjakkan UMK lebih jauh, adalah menjadi hasrat saya agar kerajaan Persekutuan dan negeri Kerajaan turut membantu melengkapkan keperluan UMK dari pelbagai sudut.

Turut berlangsung, forum bertajuk Potensi dan Inklusiviti Sosioekonomi Negeri Kelantan. Panel jemputan terdiri daripada Pengarah UPEN, YM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dr. Tengku Mohamed Faziharudean, Profesor Ekonomi, UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Pengarah Pembangunan Ekuiti, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, En Abdul Halim Abdul Aziz, Pengasas Inovastra Capital Sdn Bhd, Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Pengarah Institut Keusahawanan (UMKEI), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Mohamad.

Turut diadakan ialah sesi perbincangan meja bulat melibatkan tujuh sektor, Bicara CEO bersama Pengarah Urusan, Technoriant Sdn Bhd.Dato’ Bruce Lim Aun Choong dan Syarahan Perdana oleh Pengarah MCMC, Dr. Ahmad Nasruddin Atiqullah Fakrullah.

Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Al Azam Razi & Ab Halim Hafiz Ab Aziz

ee4d8bc4 1232 4ac3 bfea e9dc0c882f7a

Read 697 times Last modified on Tuesday, 27 August 2019 22:13
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 30 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search