Latest News

UMK MAMPU JADI PLATFORM KOLABORASI PELBAGAI PIHAK BERKEPENTINGAN DEMI SOSIOEKONOMI KELANTAN

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.40 AM

PENGKALAN CHEPA 29 Ogos I Penganjuran Kongres SosioEkonomi oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Yayasan Bina Lestari merupakan satu permulaan kepada kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memperkasakan ekonomi Negeri Kelantan.

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, UMK sememangnya mampu untuk menjadi platform kolaborasi dalam bersama membangunkan sosioekonomi negeri Kelantan.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.39 AMKatanya, ini termasuklah menyediakan tempat yang kondusif untuk kita bekerja bersama serta menjadi pakar rujuk dalam pembangunan sosioekonomi negeri Kelantan.

“UMK mempunyai kepakaran dan kerangka khusus yang boleh dimanfaatkan semua. Antara kepakaran tersebut meliputi pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pelancongan, perhutanan, sosioekonomi, pembangunan insaniah, bio-kejuruteraan, pertanian dan ekonomi digital.

“Contohnya dalam konteks untuk memperkasakan aktiviti keusahawanan, UMK mempunyai sistem sedia ada yang terbukti berkesan. Begitu juga dalam usaha menguruskan kemiskinan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Kongres SosioEkonomi 2019, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Sementara itu, 75 resolusi penting bagi pembentukan pembangunan sosioekonomi dicapai hasil daripada perbincangan Meja Bulat sempena Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 bertemakan Inklusiviti Memperkasakan Kelantan.

Resolusi tersebut adalah hasil perbincangan meja bulat daripada 83 ahli termasuk pensyarah dari pelbagai universiti, wakil agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri: pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian.

Daripada kesemua resolusi itu, tujuh bidang fokus utama diberi tumpuan iaitu Pertanian Dan Makanan, Perkhidmatan Dan Pelancongan, Perhutanan Dan Perlombongan, Pembuatan, Industri Kecil Dan Sederhana, Guna Tenaga Dan Tadbir Urus Serta Pendidikan.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail telah menyerahkan dokumen resolusi kongres yang dibentangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr Arham Abdullah, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal yang mewakili kerajaan negeri.

Antara kandungan resolusi itu meliputi cadangan dalam sektor perhutanan dan perlombongan adalah pembangunan ladang buluh untuk pekebun kecil serta mewujudkan makmal analisis mineral di UMK manakala bagi sektor guna tenaga dan tadbir urus pula adalah pemerkasaan intitusi zakat melalui penubuhan Lembaga Zakat Kelantan dan Perbadanan Wakaf Kelantan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Foto I Al Azam Razi

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.37 AM

Read 162 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 September 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search