Latest News

MERAI SEMANGAT MERDEKA DENGAN BUSANA WARISAN BONDA MENERUSI PROGRAM HARI WARISAN PERINGKAT FAKULTI

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.06.06 AM

BACHOK 29 Ogos 2019 I Warga akademik dan pentadbiran Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (FTKW, UMK) mempunyai cara tersendiri dalam meraikan semangat Hari Kebangsaan dengan menganjurkan Hari Warisan dengan memakai busana Melayu dan berbaju Melayu lengkap.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan peluang kepada ahli akademik dan pentadbiran FTKW UMK ini menyelami secara mendalam roh pemakaian Busana Melayu yang penuh dengan falsafah keilmuan dalam konteks etika pemakaian yang sebenar.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.06.06 AM 1Menerusi program ini semua staff akademik dan pentadbiran diwajibkan memakai busana warisan samaada ketika menghadiri mesyuarat dan menjalankan tugas rasmi seharian. Pada akhir program satu sesi fotografi pemakaian busana warisan telah diadakan.

Sambutan di kalangan ahli akademik dan pentadbiran sangat memberansangkan dan semua yang terlibat menyatakan program ini dapat membina jati diri masing - masing dalam usaha memelihara, memulihara dan memartabatkan warisan budaya bangsa. Program ini juga merupakan program yang julung kalinya dianjurkan sejak penunnuhan FTKW di UMK.

Menurut Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK, Prof Madya Ahamad Tarmizi Bin Azizan, beliau sempat mempengerusikan dua mesyuarat utama di Fakulti iaitu Mesyuarat Fakulti dan Mesyuarat ICCTH 2019 dengan mengenakan busana Melayu. Pada awalnya semua yang terlibat agak kekok kerana jarang memgenakan pakaian warisan dan hanya memakai dalam majlis khusus, seperti Majlis Perkahwinan dan Adat Istiadat.

Namun menerusi program ini usaha pihak Fakulti untuk memartabatkan warisan budaya dapat dizahirkan dan ianya selaras dengan slogan FTKW iaitu PEMERKASAAN WARISAN MENERUSI TEKNOLOGI KREATIF DAN KEUSAHAWANAN.

Program ini juga merupakan satu aktiviti dan agenda untuk mempromosikan konsep Walk The Talk bagi memelihara dan memulihara Warisan Budaya menerusi pemakaian Busana Warisan dalam memperkukuhkan Slogan FTKW UMK dan sambutan kemerdekaan Malaysia ke 62 peringkat fakulti.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.06.07 AM

Read 189 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 September 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search