Latest News

KONTINGEN UMK MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 62

WhatsApp Image 2019 08 31 at 8.33.03 PM 1

TANAH MERAH 31 Ogos I Kontingen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekali lagi diberi penghormatan dengan turut serta dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat negeri Kelantan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan, yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Ahmad Yaakob, pagi tadi.

Kontingen UMK diketuai oleh Nik Mohd Khairul Mohd Nawi dan 34 anggota Bahagian Keselamatan (BK) tampil bersemangat dengan pakaian seragam Sayangi Malaysiaku untuk menyertai perarakan perbarisan dengan 62 Kontigen daripada pelbagai agensi kerajaan, anggota pasukan keselamatan, NGO, swasta daripada seluruh negeri Kelantan.

Penyertaan kontingen UMK pada sambutan Hari Kebangsaan 2019 adalah satu penghormatan buat UMK selaku satu-satunya institusi pendidikan tinggi di negeri ini.

Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Bahagian Keselamatan UMK

WhatsApp Image 2019 08 31 at 8.33.01 PM

 

Read 148 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 September 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search