Latest News

KERJASAMA STRATEGIK UMK DAN WESTSTAR AVIATION SERVICES SDN BHD BAKAL BERI MANFAAT INDUSTRI

WhatsApp Image 2019 09 11 at 7.08.37 PM

PENGKALAN CHEPA 10 September I Kerjasama strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Weststar Aviation Services Sdn Bhd dijangka memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak bukan sahaja dari segi jaringan hubungan malah keterlibatan universiti dalam industri cari gali dan petrokimia.

Ini sekaligus akan melonjakkan komitmen UMK dalam pasaran industri petroleum menerusi kerjasama dengan syarikat Weststar Aviation iaitu pengendali penyedia pengangkutan menggunakan udara helikopter bertaraf antarabangsa dalam sektor perindustrian minyak dan gas di Malaysia.

Pengarah Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Hj. Ahmad Rasdan Ismail berkata, melalui kerjasama ini kedua-dua pihak akan bersama menjalankan khidmat perundingan dan kepakaran, aktiviti khidmat kemasyarakatan aktiviti dan program tanggungjawab sosial korporat, perundingan lain melalui rakan kongsi syarikat minyak dan gas, rundingan bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

WhatsApp Image 2019 09 11 at 7.08.40 PM“Menerusi koloborasi ini UMK akan manfaatkan sebaik-baiknya khususnya memberi pendedahan kepada kemahiran dan kepakaran terdapat di UMK khususnya dalam bidang kajibumi, keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya pada lawatan Kolaborasi Industri ke Weststar Aviation Services Sdn Bhd, Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam.

Turut hadir pada lawatan itu, Pengarah Pusat Jaringan Industri UMK, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan, Dr. Abdul Hafidz Yusoff, Encik Wan Azlee Bin Hj. Wan Abdullah (Pusat Strategik Universiti), Cik Rosmawati Che Hassan (Pusat Komunikasi Korporat) dan pasukan Cmeosh.

Kunjungan hormat ini, disambut mesra oleh Delegasi Weststar iaitu Capt Wan Hamdi Mohamad- Acting Base Manager OS1, KBR, Mohd Fathi Bin Bahador- Base & Ground Operations Manager OS2 serta pasukan kerja Weststar Aviations.

Antara syarikat industri “O&G” antarabangsa yang menggunakan khidmat Weststar Aviation Kelantan Based adalah seperti Carigali Hess, Hess, Petronas dan Repsol bagi membawa tenaga kerja ke beberapa pelantar minyak diperairan Kelantan-Thailand (Cakrawala, Hess dan sebagainya)

Pada lawatan itu, pihak Weststar Aviation juga bersetuju memberikan peluang kepada pihak UMK untuk membuka booth UMK secara percuma pada program OSH Day Weststar Services pada 6hb Oktober 2019 bertempat di Hangar Weststar Aviation Services Pengkalan Chepa.

Program ini turut disertai pemain besar industri petroleum dan rakan-rakan syarikat-syarikat minyak dan gas antarabangsa seperti Carigali Hess, HESS, Repsol, Petronas dan sebagainya.

Teks dan Foto I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 09 11 at 7.08.38 PM

Read 82 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 September 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search