Print this page

GEMPAR ADIWIRA SPIDERMAN DAN KUMPULANNYA MUNCUL DI SMK PADANG ENGGANG

03552c60 498a 472a a27b 33bb0a681765

KOTA BHARU I Ratusan pelajar sekolah teruja bercampur 'gempar' dengan kemunculan tidak diduga adiwira terkenal dunia Spiderman dan kumpulannya di SMK Padang Enggang.

Spiderman diiringi oleh Kamen Rider dan Deadpool muncul sebagai memenuhi acara UMKVengers yang bertujuan untuk menyemarakkan minat pelajar di bidang sains, teknologi, matematik dan inovasi.

3Mereka tidak keberatan menarik perhatian ratusan para pelajar yang hadir dengan mempersembahkan tarian ‘flash mob’ di Dewan Uthmaniah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Enggang.

Kemunculan watak 'superheroes' tersebut adalah sempena gimik pelancaran perasmian projek tanggungjwab sosial UMKVengers@School yang diselaraskan oleh Pusat Jaringan Industi dan Komuniti (CUIC), Pejabat Pusat Komunikasi Korporat, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan kerjasama semua PTj di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pengarah CUIC, Prof. Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak, berkata secara ringkasnya program UMKVengers@School melibatkan ceramah atau taklimat ringkas berkenaan kepakaran dan pengalaman penyelidik UMK untuk memberi ceramah dan berkongsi kepakaran di dalam slot khas yang diberi nafas baharu serta menyeronokkan.

Katanya, terdapat tiga segmen utama dimana pejabat CUIC akan mengenalpasti wakil-wakil penyelidik dan pentadbir daripada PTj di UMK yang memiliki kepakaran untuk memberi ceramah dan berkongsi kepakaran atau pengalaman mereka pada program ini.

“Selain itu, untuk segmen kedua membabitkan wakil atau duta-duta yang terdiri daripada siswa/siswi UMK ini mereka akan tampil dengan membuat persembahan flashmob atau senamtari dalam suasana yang santai dan menghiburkan sesuai dengan citarasa golongan muda iaitu pelajar sekolah sebagai sasaran audien utama projek UMKVengers@School.

“Manakala segmen ketiga membabitkan penglibatan wakil-wakil daripada pelajar UMK yang dipilih sebagai fasilitator untuk membantu sepanjang program ini berlangsung,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Jalinan Kerjasama Bersama Masyarakat “University for Society” UMK Vengers@School, di SMK Padang Enggang, baru-baru ini.

Sempena majlis itu, turut berlangsung aktiviti Demostrasi Seni Mempertahankan Diri(TKD), Flashmob dan Gimik serta sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Menurut beliau lagi projek UMKVenger@school ini UMK akan mengenalpasti sekolah-sekolah samada di peringkat negeri Kelantan mahupun seluruh Malaysia dan luar negara.

Katanya, menerusi program ini pihak CUIC akan mempromosikan dan mengenali UMK sebagai Universiti Keusahawanan serta memberi motivasi kepada pelajar sekolah untuk bercita-cita ke menara gading terutamanya memilih UMK sebagai Universiti Pilihan Utama skaligus memilih program aliran Sains dan Teknologi.

“Selain itu, program ini juga selaras dengan hasrat dan saranan hasil daripada ucapan Menteri Pendidikan semasa amanat tahun 2019 iaitu ’Sekolah Untuk Komuniti, Universiti Untuk Masyarakat’ atau sering disebut melalui tagline UMK #UniversityForSociety.

Teks dan Foto I Pusat Komunikasi Korporat

4

Read 569 times
Rate this item
(0 votes)