Print this page

FESTIVAL ANAK MUDA 2019 TERAP EKSPERESI PENUH WARNA-WARNI, HIPSTER, MODEN DAN INFORMASI KREATIVITI

3 1

PENGKALAN CHEPA 12 September I Festival Anak Muda (FAM) 2019 kembali dengan konsep lebih segar dan moden, hipster dan penuh warna - warni bakal menjadi tarikan utama pengunjung terutamanya generasi muda mengisi masa dengan aktiviti berfaedah dan sihat.

Program anjuran Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu diadakan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 September 2019 dengan sasaran kehadiran 10,000 pengunjung.

FAM 2019 itu melibatkan penyertaan mahasiswa UMK dan 20 Institut Pengajian Tinggi di Malaysia serta masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari berlangsung di UMK Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kelantan.

2Menurut Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib berkata, berkata program itu turut disertai Kementerian Belia dan Sukan melalui program inisiatif Rakan Muda bermatlamatkan untuk memberi impak positif kepada golongan belia dan masyarakat setempat melalui pelbagai program yang akan dijalankan.

Beliau berkata, penganjurannya diatur sepenuhnya oleh pimpinan mahasiswa melalui gabungan badan ko-kurikulum UMK iaitu kelab dan persatuan yang terdapat di universiti di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

“Melalui festival ini juga sekaligus dapat melahirkan pemimpin dan mahasiswa UMK yang mempunyai kualiti tersendiri,” katanya pada sesi taklimat Festival Anak Muda, semalam.

Turut hadir, Pengarah Program FAM 2019, Muhammad Farid Aidy Ismail.

Katanya antara pengisian yang akan diadakan antaranya ialah Pancaragam Sekolah Kolej Sultan Ismail, CEO Talk dengan Lazada’, E-Sport PUBG, pameran Rumah Berhantu, selain jemputan daripada kalangan artis tempatan seperti Ismail Izzani selain penceramah jemputan iaitu PU Azman dan juga Ustaz Haslin Bollywood.

Teks dan Foto I Pusat Komunikasi Korporat

4 1

Read 664 times
Rate this item
(0 votes)