Print this page

UMK SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA

WhatsApp Image 2019 09 20 at 7.28.10 AM

KOTA BHARUI Kontingen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia 2019 bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan, pada 16 September 2019.

Seramai 22 staf daripada Bahagian Keselamatan (BK) memeriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Kelantan Kali Ke 62 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang disempurnakan perasmian oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Majlis sambutan bermula kira-kira pukul 7.45 pagi itu turut disertai 62 kontinjen daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan agensi kerajaan negeri.

Kontingen UMK hadir dengan pakaian seragam berwarna biru gelap membawa Jalur Gemilang bagi meraikan semangat penyatuan dan perpaduan.

Bagi menyemarakkan suasana Hari Malaysia, satu pentomin yang dipersembahkan oleh Kelab Jihad Putera Jeram Pasir Puteh berjaya mencuri tumpuan hadirin yang membawakan sejarah perjuangan Haji Mohd Hassan Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut menentang penjajah British di Pasir Puteh.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Foto I Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar

WhatsApp Image 2019 09 20 at 7.28.09 AM

Read 524 times
Rate this item
(0 votes)