Latest News

3 HARI YANG ISTIMEWA BERSAMA TUANKU RAJA MUDA PERLIS DI ROYAL RIDE 2019

WhatsApp Image 2019 09 20 at 7.28.15 AM

TUMPAT 17 September I Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berkenan mencemar duli ‘bergateh’ sejauh 20 kilometer bersama 1,500 pelumba Program Kayuhan Di Raja (Royal Ride) GenerasiKu Sayang (GKS) 2019, bermula di perkarangan Hospital Daerah Tumpat, baru-baru ini.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Hj. Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Raja Puan Muda Perlis DYT Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pula mencemar duli menyertai larian Fun Walk sejauh 8 kilometer bermula di perkarangan Hospital Daerah Tumpat. Turut mengiring baginda ialah Yang Terhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.

WhatsApp Image 2019 09 20 at 7.28.15 AM 1

Kayuhan Ria Diraja Royal Ride anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Generasiku Sayang Kelantan diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi kelangsungan pembangunan Rumah GenerasiKu Sayang yang menjadi rumah perlindungan kepada remaja dan wanita hamil serta bayi yang bakal lahir.

Kayuhan GKS 2019 ini menjadi platform terbaik memberi informasi berkesan kepada masyarakat dalam menanggani gejala sosial yang semakin meningkat dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman menyampaikan rasa terharu diatas keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis yang terkenal dengan sifat prihatin terhadap rakyat kerana sanggup berpanas dalam keadaan cuaca terik yang mencecah 32 darjah celcius semata-mata untuk menjayakan program kayuhan amal Royal Ride 2019 ini.

Katanya, baginda turut menzahirkan rasa gembira dan teruja dengan sambutan dan penyertaan ramai daripada rakyat Negeri Kelantan termasuk delegasi daripada Perlis dan Narathiwat. Baginda juga gembira kerana dapat menyelusuri keindahan perkampungan tradisional dan nelayan sepanjang laluan kayuhan tersebut.

“Program kayuhan amal ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bagi acara terbuka sejauh 35 kilometer manakala untuk acara kehormat sejauh 20 kilometer. Dalam kategori kehormat, DYTM Raja Muda Perlis bersama-sama 300 peserta berkayuh ke beberapa buah rumah asnaf bagi menyampaikan bantuan dan barangan keperluan harian.

“Para peserta juga singgah di tempat pemerosesan ikan kering di Pantai Genting Tumpat sebelum meneruskan kayuhan ke Kampung Nelayan dan lokasi Rumah Generasiku Sayang sebelum tiba di garisan penamat di perkarangan Hospital Daerah Tumpat,” katanya.

Program Royal Ride 2019 turut dimeriahkan dengan aktiviti zumba/ funrobic, street soccer, liga penalti, busker, pameran kesihatan dan gerai jualan di perkarangan HospitaTumpat.
Baginda Tuanku Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis DYT Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara Fun Walk dan Royal Ride bagi kategori terbuka.

Turut berlangsung ialah penyerahan mock cheque bagi aktiviti pembangunan rumah GenerasiKu Sayang yang melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, kayuhan Royal Ride Peringkat UMK diteruskan pada sebelah petang dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan menyertai kayuhan bersama pelajar, staf dan pengurusan kanan universiti sejauh 25 kilometer.

Katanya, kayuhan bermula di UMK Kampus Kota Taman Bendahara, Pengkalan Chepa melibatkan laluan ke Masjid Ar-Rahman yang tersergam indah di Pulau Gajah, di Sabak. Masjid tersebut adalah ikon pelancongan di Kelantan yang memiliki keunikan gabungan binaan rekabentuk seni bina Islam dan Melayu.

“Rombongan Raja Muda Perlis dan delegasi telah disambut oleh Dato’ Wan Ariff Wan Hamzah dan penduduk kampung dengan hidangan bubur Asyura dan kuih-muih tradisional sebelum menziarah dan mendengar tazkirah di masjid Ar-Rahman,” jelasnya.

Menurutnya lagi, peserta kemudian meneruskan kayuhan ke Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa iaitu lokasi bersejarah pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu, pada Disember 1941.

Kunjungan ke tugu ini bertujuan mendidik pelajar agar lebih peka kepada peninggalan sejarah dan menanam sifat patriotisme di kalangan generasi muda.

WhatsApp Image 2019 09 20 at 7.28.15 AM 2

“Kayuhan sepanjang 25 kilometer itu berjaya ditamatkan sekitar jam 7.30 malam. Kami di pihak pengurusan UMK amat gembira, kerana kita dapat mengenali lebih dekat DYTM Raja Muda Perlis iaitu seorang Raja yang amat prihatin kepada rakyat dan senantiasa dekat dengan rakyat.

“Keperibadian mulia baginda menjadi inspirasi kepada rakyat kerana riak wajah baginda langsung tidak keletihan atau kepenatan selepas bergateh pada waktu pagi dan petang dalam keadaan cuaca tidak menentu. Mewakili UMK, saya ingin merafak sembah terima kasih tidak terhingga di atas kehadiran Tuanku Baginda bersama kami semua,” katanya.

Tambah beliau, pada sebelah malam delegasi DYTM Raja Muda Perlis telah beri sambutan dengan jamuan istimewa di kediaman ahli perniagaan terkenal Kelantan, Dato’ Wan Ariff yang terletak di Kampung Sabak,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2019 09 20 at 7.28.14 AM

Read 570 times Last modified on Friday, 20 September 2019 10:50
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 18 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search