Print this page

15 PRODUK INOVASI DIPERTARUHKAN OLEH UMK DI PECIPTA 2019

WhatsApp Image 2019 09 23 at 9.02.03 AM

BATU PAHAT 22 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempertandingkan 15 produk penyelidikan di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA'19) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dihoskan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), Batu Pahat, Johor, bermula hari ini hingga 23 September 2019.

Lebih 411 produk penyelidikan dan inovasi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S), industri, agensi kerajaan dan swasta dipamerkan pada PECIPTA 2019 yang berlansung selama dua hari.

PECIPTA 2019 menjadi platform kepada penyelidik untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Platform ini juga bertujuan menggalakkan jaringan dan kerjasama strategik antara IPT dengan pihak industri.

Pengarah Pusat Pengurusan dan Penyelidikan (RMIC) UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, berkata kesemua produk penyelidikan inovasi yang dipertandingkan pada kali ini membuktikan universiti sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah membudayakan penyelidikan khususnya kepada ahli akademik dan penyelidik di universiti.

Katanya, 15 produk yang mengambil bahagian ini adalah antara signature product ke arah pengkomersialan produk inovasi untuk di bangunkan kepada industri dan sekaligus dikembangkan kepada masyarakat sejagat.

Antaranya ialah New Propagation Technique For Urban Agriculture oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Amizi Ayob, Premium Multiblock : Multi Solution For Ruminants oleh Puan Nor Dini Rusli, produk BioChar Enriched Organic Planting Mix dan Activ-BioCarbon Enriched Personal Care Product
oleh Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah.

Turut dipertandingkan adalah produk Blok Batik Pointillisme oleh Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Yaacob, produk Ayah Kob's Third Hand oleh Dr. Hanisa Binti Hassan, Augmented Reality in Special Preschool Education oleh Ts.Dr. Tan Tse Guan, produk E-Siyahah An Interactive Platform to Learn Arabic Language for Tourism Purpose oleh Wan Ab Aziz Wan Daud.

Manakala Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim melalui produk CORE Building OKU STEMpreneurs, Prof. Madya Dr. Julie Juliewatty Mohamed menghasilkan produk High Dielectric CCTO Capacitor, Dr. Nur Nabilah Shahidan dengan produk Cationic P (DMA-CO-HEMA) for Bioassay dan Dr Zubaidah Aimi Abdul Hamid menerusi inovasi Application Enhancement Efficiency of Silicone Based
Antifoam

Turut bertanding ialah produk Integrated Kenaf of Bio-Processing System Biozym Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) yang dihasilkan oleh Dr. Mardawani Binti Mohamad, produk Anti Animal Trash Bin
oleh Dr. Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali dan produk CE Mini-Bag and Cajuput Essential Oil – A sustainable natural Insecticide for Heritage Building oleh Dr. Suganthi A/P Appalasamy.

Sempena PECIPTA’ 2019, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran 65 produk STEM, Pendidikan Khas dan IOT, Racing Fraunhofer Makethon dan IME Design Competition, Business pitching, Sesi Talk bersama Menteri, Ikon Usahawan serta Selebriti.

Turut berlangsung Seminar Inovasi Buluh Sebagai Sumber Ekonomi Baru bersama MTIB, sesi taklimat peluang meningkatkan produktiviti perniagaan melalui Bantuan Dana PPRN2.0 dan Food Truck serta Busking serta banyak lagi.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 09 23 at 9.02.02 AM

WhatsApp Image 2019 09 23 at 9.02.04 AM

Read 962 times
Rate this item
(0 votes)