Latest News

BARISAN PENYELIDIK UMK TUNJUK SEMANGAT JUANG DI PECIPTA 2019

WhatsApp Image 2019 09 23 at 8.37.19 PM

BATU PAHAT 23 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus mengungguli bidang penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa selepas menghadiahkan lapan pingat emas , lima perak, dua gangsa dan satu anugerah khas pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA'19) di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), Batu Pahat, Johor, hari ini.

Anugerah Khas The Pitch Winner daripada Malaysian Business Angel Network (MBAN) telah dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah manakala dua produk inovasi rekaan beliau turut merangkul dua pingat emas menerusi produk BioChar Enriched Organic Planting MIX dan Activ-BioCarbon Enriched Personal Care Product.

Turut menyumbang emas adalah produk High Dielectric CCTO Capacitor oleh Prof. Madya Dr. Julie Juliewatty Mohamed, produk CORE Building OKU STEMpreneur oleh Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim, produk inovasi Premium Multiblock : Multi Solution For Ruminants oleh Puan Nor Dini Rusli, produk rekaan Blok Batik Pointillisme oleh Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Yaacob, produk pengajaran dan pembelajaran e-Siyahah An Interactive Platform to Learn Arabic Language for Tourism Purpose oleh Wan Ab Aziz Wan Daud dan rekaan inovasi Integrated Kenaf of Bio-Processing System Biozym Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) oleh Dr. Mardawani Mohamad.

WhatsApp Image 2019 09 23 at 8.37.20 PM 1Pingat perak dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Amizi Ayob menerusi produknya bertajuk New Propagation Technique For Urban Agriculture, produk ciptaan Ts.Dr. Tan Tse Guan iaitu ARCOLAR - An Augmented Reality Colouring App With Book For Special Children Education, Dr. Nur Nabilah Shahidan menerusi produk Cationic P (DMA-CO-HEMA) for Biossay, Dr. Zubaidah Aimi Abdul Hamid dengan projek Application
Enhancement Efficiency of Silicone Based Antifoam dan Dr. Kamarul Ariffin Kambali @ Hambali melalui produk Anti Animal Trash Bin.

Manakala dua gangsa dimenangi produk inovasi batik Ayah Kob's Third Hand oleh Dr. Hanisa Hassan dan produk CE Mini-Bag and Cajuput Essential Oil – A sustainable natural Insecticide for Heritage Building oleh Dr. Suganthi A/P Appalasamy.

Hadia kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato’ Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Prof. Dato’ Ts. Dr. Wahid Razzaly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Pusat Pengurusan dan Penyelidikan (RMIC) UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.

Sementara itu, Prof. Ts . Dr. Ahmad Ziad berkata kejayaan ini adalah pencapaian terbaik kumpulan penyelidik UMK sepanjang penyertaan di PECIPTA anjuran Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, pada PECIPTA 2017 UMK hanya berjaya meraih tiga pingat emas, satu pingat perak dan empat gangsa menerusi lapan produk yang dipertandingkan.

“Allhamdulilah, pada pertandingan kali ini UMK mencipta kejayaan cemerlang berbanding sebelumnya. Untuk makluman, kesemua penyertaan 15 produk dan inovasi pada tahun ini ditanggung sepenuhnya oleh RMIC dan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi universiti,” katanya pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah PECIPTA 2019 di Dewan Sultan Ibrahim UTHM, Batu Pahat, Johor, hari ini.

Tambah beliau, persediaan awal antara penyumbang utama kejayaan ini ialah pihak RMIC telah mengambil pendekatan dengan menilai terlebih dahulu setiap produk inovasi yang akan dipertandingkan di peringkat awal saringan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 09 23 at 8.37.20 PM

Read 1040 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 2 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search