Latest News

UMK MENANG ANUGERAH RANCANGAN PERNIAGAAN FRANCAIS TERBAIK DI MALAYSIA FRANCHISE AWARD 2019 (AFM2019)

WhatsApp Image 2019 10 06 at 10.08.05 AM

KUALA LUMPUR 4 OKTOBER I Projek Francais The Bakers oleh pelajar program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya dinobatkan pemenang anugerah Perancangan Perniagaan Francais Terbaik pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2019 (MAF2019) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, pada 4 Oktober 2019.

Dengan kemenangan itu UMK membawa pulang trofi dan sijil anugerah yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail.

The Bakers, mengetengahkan projek perniagaan berasaskan Kek Batik berjaya menewaskan 10 finalis kategori penyertaan mahasiswa Universiti pada pertandingan itu.

MAF 2019 merupakan program anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) turut mengadakan pertandingan kategori terbuka kepada pelajar universiti dengan objektif utama untuk merangsang perkembangan bakat muda usahawan untuk tampil dengan pelan perniagaan yang berdaya saing.

Pengarah Kanan Institute Keusahawanan UMK (UMK EI), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, buat julung kalinya UMK berjaya mengondol kemenangan berprestij dengan merangkul anugerah bisnes pelan terbaik pada malam anugerah berprestij ini.

Beliau menyifatkan kejayaan ini amat bermakna kepada UMK selaku Universiti Keusahawanan di negara ini kerana sebelum ini pasukan UMK berjaya mara ke pusingan akhir dan memperoleh kemenangan di tempat ketiga.

“Anugerah ini turut mengiktiraf sumbangan dua mentor sebagai pensyarah pembimbing iaitu Dr. Shatish dan Puan Hasliana serta peranan UMK EI dan CEED dalam mengetengahkan perniagaan pelajar yang berpotensi untuk terlibat dalam perniagaan francais pada masa hadapan.

“UMK di bawah kepimpinan Naib Canselor, Prof. Ts. Dr.Noor Azizi Ismail menjadi nadi kepada kejayaan ini akan sentiasa memartabatkan UMK sebagai sebuah universiti keusahawanan terunggul,” katanya.

Tambah beliau, pencapaian pada malam ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan yang tinggi UMK dalam pembangunan Keusahawanan dan perniagaan serta potensi pelajar.

Sementara itu, Syarikat Global Art and Creative Sdn Bhd (Global Art) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Francais Terbaik 2019 dan turut merangkul tiga anugerah lain bagi kategori Francaisor Terbaik, Francaisor Antarabangsa Terbaik (Asia Pasifik) dan Inovasi Francais Terbaik.

Turut berjaya merangkul kejayaan ialah McDonald's Malaysia yang membawa pulang dua anugerah menerusi francaisi syarikat rangkaian makanan segera itu iaitu Hamburgold Sdn Bhd dan ISK F&B Sdn Bhd, masing-masing bagi kategori Francaisi Antarabangsa Terbaik dan Francaisi Harapan Antarabangsa Terbaik.

Pada tahun ini, MFA turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Anugerah Wartawan Terbaik yang dimenangi oleh wartawan dari Radio Television Malaysia (RTM) Siti Hanila Bowhani.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK
Foto I Institut Keusahawanan UMK

WhatsApp Image 2019 10 06 at 10.08.05 AM

Read 160 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search