Latest News

PELAJAR FPV SAMBUT ULANGTAHUN KE 125 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

WhatsApp Image 2019 10 06 at 11.43.27 AM 1

ALOR GAJAH 5 Oktober I Seramai 42 pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) meraikan sambutan ulangtahun ke 125 tahun Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Freeport A’Famosa Exhibition and Convention Hall, Melaka., pada 26 September 2019.


Sambutan ulangtahun ke 125 itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail.


Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, para pegawai Veterinar serta pihak industri.


Sempena sambutan itu, para pelajar yang diiringi pensyarah pengiring, Dr Muhammad Luqman Nordin dan Dr Mohd Farhan Hanif Mohd Reduan seterusnya membuat lawatan sambil belajar ke Institut Teknologi Unggas (ITU), Melaka di bawah kursus DVT 21403 Produksi Bukan Ruminan dengan objektif utama untuk mendapat pendedahan berkenaan haiwan khususnya ternakan ayam.


Selain itu, lawatan itu diharap mempelajari amalan penternakan baik untuk meningkatkan pengeluaran hasil ternakan seperti daging ayam dan telur dan seterusnya meningkatkan pendapatan.


Maka, lawatan sambil belajar ini dapat memberi pendedahan dan ilmu kepada pelajar dari segi kawalan serta pencegahan penyakit ayam seperti biosekuriti dan pengurusan ladang yang baik.


Secara tidak langsung, lawatan ini akan menyemarakkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar yang mungkin menceburi bidang keusahawanan veterinar secara aktif di masa hadapan dan menyumbang jaminan keselamatan serta kelangsungan makanan negara.


Pihak FPV turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMK, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli atas sokongan beliau ke program tersebut.


Oleh I Fakulti Perubatan Veterinar

WhatsApp Image 2019 10 06 at 11.43.27 AM

Read 132 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search