Latest News

UMK DAN MSU METERAI KERJASAMA SELARAS AGENDA ACCREDITATION COUNCIL FOR ENTREPRENEURIAL AND ENGAGED UNIVERSITIES (ACEEU)

WhatsApp Image 2019 10 07 at 3.05.12 PM

PENGKALAN CHEPA 6 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Management & Science University (MSU) bagi menjalin kerjasama strategik dua hala bagi meningkatkan aktiviti keusahawanan melalui penyelidikan, pengajaran, pembangunan keusahawanan pelajar dan komuniti.

Pada majlis itu, UMK diwakili Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan MSU oleh Presiden MSU, Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Majid.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Presiden Kanan Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Prof. Dr. Abdol Ali Khatibi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Mengulas berkenaan koloborasi tersebut, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, berkata kerjasama ini adalah sebahagian daripada inisiatif UMK dalam memastikan sasaran universti mendapat pengiktirafan sebagai universiti keusahawanan dengan memperoleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU).

WhatsApp Image 2019 10 07 at 3.05.27 PMBeliau berkata, kerjasama itu juga untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan MSU selaku universiti yang diiktiraf terbaik di Malaysia dengan yang menawarkan pelbagai program pengajian termasuk cemerlang di dalam aspek keusahawanan.

“MSU merupakan universiti pertama di Asia memperolehi akreditasi dari ACEEU dan pernah memenangi ‘The Most Entrepreneurial Private University’ pada Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016.

“Sehubungan itu, salah satu agenda sedang dilaksanakan oleh UMK ialah untuk memperoleh ACEEU 2020 dan kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menjayakan agenda berkenaan bagi mencapai sasaran menjadi Universiti Keusahawanan No 1 Malaysia pada 2023, di ASEAN pada 2026 dan di Asia menjelang tahun 2030,” katanya.

Tambah beliau, MoU ini juga satu titik tolak antara kedua-dua universiti untuk bekerjasama menawarkan program dwi-ijazah (Dual Degree) di peringkat ijazah sarjana muda dan pasca siswazah bagi melahirkan graduan yang lebih bersikap holistik.

“Selain itu, bidang kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan program akademik dan profesional, penyelia bersama di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), penyelidikan berasaskan keusahawanan dan industri, program pendidikan keusahawnan dan penyelidikan serta penerbitan ilmiah secara bersama,” katanya.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi menyifatkan prospek kerjasama dengan MSU itu juga berlandaskan kepada latarbelakang nya yang mempunyai program keusahawanan yang sangat baik dengan kelengkapan inkubator serta gabungan start-up syarikat perniagaan pelajar memberi pengalaman sebenar dunia perniagaan kepada graduan.

Pada majlis itu, turut berlangsung Sesi Perkongsian Akreditasi UMK sebagai Universiti Keusahawanan dengan menjemput Prof. Dr. Abdol Ali Khatib menyampaikan taklimat berkenaan akreditasi ACEEU.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 10 07 at 3.05.36 PM

Read 117 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search