Latest News

PELAJAR UMK BACHOK DI KOLEJ KEDIAMAN SEMENTARA IBS DAPAT SUMBANGAN AIR MINERAL DAN TONG AIR

WhatsApp Image 2019 10 08 at 3.16.45 PM

BACHOK 7 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih yang dialami oleh penghuni Kolej Kediaman Sementara IBS di UMK Kampus Bachok dengan menyumbang bekalan air mineral dan tong air kepada kumpulan pelajar yang terkesan dengan bekalan air yang tidak konsisten sejak kebelakangan ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli yang mewakili Pengurusan Tertinggi UMK berkata keselesaan dan kebajikan pelajar sentiasa mendapat perhatian dan sumbangan air minuman botol dan tong untuk tujuan tadahan air diharap sedikit sebanyak akan meringankan kesulitan yang dihadapi.

“Sejumlah 700 botol air mineral 10 liter dan pengagihan tong air untuk tujuan menadah air telah diagihkan kepada pelajar khususnya untuk kegunaan harian,” katanya pada majlis penyerahan air mineral dan tong air kepada pelajar Kolej Kediaman IBS UMK Kampus Bachok, pada 7 Oktober 2019.

Beliau berharap pelajar yang mendiami kolej kediaman IBS bersabar untuk sementara waktu dan memohon supaya pembinaan telaga tiub dapat berjalan lancar.

Beliau berkata, pembinaan telaga tiub telah dibincangkan antara pihak pengurusan universiti dan akan dilaksanakan dengan kadar segera agar isu bekalan air tidak menganggu tumpuan pelajar dalam pengajian masing-masing.

“Bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh pelajar, pihak UMK melalui Seksyen Pengurusan Asrama dan Seksyen Kebajikan danTatatertib, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengambil inisiatif dengan mengagihkan bantuan air mineral dan tong air kepada pelajar Kolej Kediaman Sementara IBS," katanya.

Menurut beliau lagi masalah gangguan air ini juga dialami oleh staf di bangunan pentadbiran Canselori. Malah, penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Bachok turut berhadapan dengan masalah yang sama.

Sementara itu, salah seorang penghuni kolej kediaman IBS, Siti Nurfarah Hanim Azman, berkata, langkah itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar ekoran gangguan masalah air sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui inisiatif oleh pihak pejabat HEPA ini dapat mengurangkan serba sedikit tugas hariannya untuk mendapatkan air bersih bagi tujuan minuman.

Manakala, Nur Aida Razani pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan pihak HEPA yang telah menyampaikan bantuan air mineral dan tong air.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2019 10 08 at 3.16.46 PM

Read 127 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search