Latest News

MICROSOFT MALAYSIA BERSAMA UMK PACU KERJASAMA PENDIDIKAN DIGITAL

WhatsApp Image 2019 10 25 at 9.08.40 PM

KUALA LUMPUR 24 Oktober I Lawatan Kerja Delegasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Pejabat Microsoft Malaysia yang dianjurkan oleh Pejabat Jaringan Industri dan Komuniti Universiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Inovasi), mampu memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan syarikat teknologi multinasional itu.

Kerjasama itu dijangka diadakan dalam tempoh terdekat khususnya bagi memperkasakan penggunaan teknologi maklumat serta komunikasi berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Hubungan itu diharapkan dapat membuahkan hasil dari aspek potensi kandungan perisian teknologi baharu yang boleh digunakan untuk menambah baik sistem pendidikan bersumberkan Artificial Intelligence (AI) di dalam era Revolusi Industri 4.0. (IR4.0).

Microsoft merupakan pemain utama teknologi global pada hari ini dan melalui kerjasama itu, UMK akan dapat memanfaatkan kepakaran kuasa teknologi Microsoft bagi merealisasikan sasaran menjadi universiti keusahawanan nombor 1 di Malaysia pada tahun 2023, di peringkat Asean pada 2026 dan nombor 1 bagi peringkat Asia pada 2030.

Justeru, lawatan kerja ke pejabat Microsoft Malaysia di Menara Shell, Kuala Lumpur, pada 24 Oktober 2019 adalah langkah kehadapan UMK.

Delegasi UMK yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof . Ts. Dr. Noor Azizi Ismail telah disambut sendiri oleh Pengarah Urusan Microsof Malaysia, K. Raman, Ketua Sektor Awam Microsof Malaysia, En Sheikh Manzoor Ghani dan Ketua Perhubungan Awam Microsoft, Puan Khatijah Abu Samah, di Pejabat Microsof Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pengarah Kanan ,Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.

Hadir sama, Pengarah Institut Kepintaran Buatan Dan Data Raya, . Prof. Dr. Mohd Saberi Tan Ah Chik @ Mohamad, Pengarah Pusat Komputeran dan Informatik, En Wan Mohd Azlee Wan Abdullah, Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademi, Prof. Madya Dr. Suria Baba, Timbalan Dekan(Penyelidikan, Inovasi Dan Pascasiswazah), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Ts. Dr. Tan Tse Guan sertaTimbalan Pendaftar, Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CUIC) Universiti, Puan Alifah Adnan.

Kedua belah pihak memanafaatkan pertemuan ini berbincang untuk melihat potensi kerjasama antara UMK dan Microsoft Malaysia. Kerjasama ini membolehkan kedua belah pihak membangunkan koloborasi bagi inovasi serta kemahiran teknologi bagi menjayakan hasrat Microsoft@UMK.

Pengalaman Microsof dalam teknologi mendorong UMK untuk menerima transformasi digital baharu selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memanfaatkan ICT untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Terdahulu, delegasi UMK telah diberi taklimat ringkas oleh Puan Khatijah Abu Samah, Ketua Perhubungan Awam Microsoft berhubung pengoperasian dan perkhidmatan serta lawatan ke pejabat operasi Microsoft Malaysia.

Lawatan diakhiri , majlis penyampaian cenderamata oleh Prof. Ts. Dr. Noor Azizi kepada wakil Microsoft Malaysia.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 10 25 at 9.08.35 PM

Read 153 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 16 November 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search