Latest News

PENERIMA ANUGERAH KIJANG EMAS 2019 BOLOT HADIAH WANG TUNAI RM8,000

WhatsApp Image 2019 10 30 at 12.10.28 PM

KOTA BHARU I Graduan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, Dr. Katty Lau Kai Qi, 25,dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kijang Emas 2019 pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar serta Anugerah Kecemerlangan Akademik yang diadakan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan, pada 22 Oktober 2019.

Dr. Katty Lau dipilih sebagai pemenang Anugerah Kijang Emas berdasarkan pencapaiannya yang cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) iaitu 3.93.

Beliau membawa balik hadiah wang tunai berjumlah RM5000 dan sijil kemenangan, hadiah adalah tajaan oleh Dato’ Dr. Sharifuddin Abdul Wahab (Ahli Jawatankuasa Penasihat FPVUMK). Pada majlis itu, Dr. Katty Lau juga turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Terbaik Paraklinikal (RM1000) dan Anugerah Terbaik Klinikal (RM2000). Jumlah keseluruhan wang tunai yang dimenangi adalah berjumlah RM8,000.

Lebih membanggakan, Dr. Katty Lau turut menerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Istiadat Konvokesyen UMK Kali Kesembilan dan memenangi wang tunai berjumlah RM5,000.

Menurut Dr. Katty Lau, kunci kejayaannya adalah sentiasa memberi tumpuan dalam bilik kuliah serta fokus kepada syarahan dengan mencatat setiap fakta-fakta penting pada subjek yang diajar.

Beliau juga mengamalkan belajar secara berkumpulan dan kerap mengulangkaji pelajaran dan membaca buku selain menyertai aktiviti luar seperti bersukan, kelab dan program khidmat masyarakat .

"Saya juga berpeluang mendapat ilmu perubatan haiwan dengan menyertai kursus-kursus pendek untuk mendalami pendidikan haiwan melalui aktiviti –aktiviti kerja di lapangan,” katanya yang kini telah bekerja di sebuah syarikat swasta di Selayang, Selangor.

Beliau berhasrat dengan bekerja dapat memperoleh banyak pengalaman untuk peluang kerjaya yang lebih baik sebelum menyambung pengajian atau menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam bidang veterinar.

Dr. Katty juga merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga, pensyarah dan staf FPV yang banyak menyokong kepada kejayaan yang diperolehinya dengan cemerlang pada hari ini.

“Saya amat berbesar hati dengan kejayaan yang diraih ini dan berharap pelajar-pelajar junior dapat memanfaatkan sebaik mungkin peluang belajar di UMK ini untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkata, pada tahun ini seramai 41 graduan Doktor Perubatan Veterinar berjaya menerima ijazah masing-masing.

Katanya, dengan majlis ikrar dan pendaftaran ikhtisas kedoktoran veterinar oleh 41 graduan pada hari ini sekaligus kelahiran kohort keenam FPV UMK ini berjaya menambahkan kuantiti verterinarwan yang terdapat di Malaysia. Perkara yang lebih utama ialah dapat melahirkan veterinarwan yang kompeten, berwibawa dan permintaan tinggi terhadap profesion ini.

Tambah beliau, bayaran gaji yang ditawarkan dalam perkhidmatan veterinar di Malaysia sangat memberangsangkan graduan dan ini memberi keselesaan dan pilihan yang kompetitif di dalam industri yang berkaitan veterinar.

“Namun, saya menyarankan agar graduan yang berminat untuk merancang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi di dalam dan luar negara serta jadikan FPV UMK sebagai pilihan seterusnya. Kembali untuk berbakti sebagai pensyarah demi kesinambungan pengajaran dan pembelajaran perubatan veterinar di UMK,” katanya.

Dalam pada itu, Dekan FPV Prof. Dr. Mohd Azam Khan Goriman Khan berkata, Pengauditan dan Pengikitirafan program Doktor Perubatan Veterinar FPV UMK oleh pihak Majlis Veterinar Malaysia pada hari ini dapat menampung keperluan veterinarwan negara seterusnya melahirkan Doktor Veterinar yang pesat menabur bakti kepada masyarakat.

Katanya, keperluan kepada profesion veterinar begitu mendesak seiring dengan kehendak pengguna terhadap tahap kesihatan haiwan yang tinggi dan penghasilan makanan yang halal, suci dan bersih. Oleh itu, veterinarwan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran teknologi terkini supaya dapat memenuhi kehendak semasa dengan lebih berkesan.

“Untuk membolehkan lebih ramai anak Malaysia yang sangat berminat untuk belajar dalam bidang perubatan veterinar, UMK berusaha supaya Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar di Bachok yang dilengkapi dengan Bangunan Pengurusan dan Pengajaran, MakMal Pengajaran dan Hospital Pengajaran Veterinar dapat dibina dan digunakan dalam masa terdekat. Kami juga akan terus memastikan tenaga pengajar dengan kepakaran terkini mencukupi,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2019 10 30 at 12.10.26 PM

Read 159 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 16 November 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search