Latest News

UMK TUAN RUMAH MAJLIS SAMBUTAN HARI INTERGRITI 2019

IMG 20191124 WA0071
 
UMK TUAN RUMAH MAJLIS SAMBUTAN HARI INTERGRITI 2019
 
BACHOK I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi tuan rumah sempena Majlis Sambutan Hari Intergriti 2019 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 21 November 2019.
 
Program satu hari itu dihadiri oleh 300 staf UMK termasuk wakil – wakil daripada Jabatan Negeri Kelantan dan Persekutuan, Badan berkanun, Institusi Pengajian di Negeri Kelantan dan pelajar.
 
Sempena sambutan itu, satu ceramah yang mengupas tajuk Wang, Anda dan Integriti telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ELZAR Group, YBrs. Dr. Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman. Manakala kemuncak program ialah forum bertajuk Integriti dan Hidup Tanpa Rasuah : Aspirasi Negara Bermaruah yang menampilkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysian (ACFE) Dato’ Sri Akhbar Satar dan Perunding dan Kaunselor, Prof. Dato' Dr. Hussin Mohamad Ab. Rahman Al Amudi.
 
Turut berlangsung ialah persembahan Bicara Berirama Integriti oleh pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW ) di bawah pimpinan Prof. Madya Dr. Andika Aziz Hussin. Selain itu, turut diadakan pameran integriti oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Hasil Dalam Negeri, PDRM (Jenayah & Kepolisan Am), Hospital Raja Perempuan Zainab II (Bahagian Derma Darah, Kesihatan Mental dan Psikologi).
 
Majlis perasmian Sambutan Hari Intergiriti 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.
Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman dalam ucapan beliau, pembudayaan intergriti dalam kalangan warga UMK dan masyarakat sekitar perlu dipupuk dan diperkukuhkan menerusi program-program pengukuhan yang dianjurkan secara berkala.
 
Katanya, ini kerana keupayaan program-program pengukuhan ini adalah bagi mempertingkatkan intergriti , rasa tanggungjawab pemimpin dan warga sesebuah organisasi dalam melaksanakan tugas mereka dengan penuh nilai-nilai murni iaitu amanah, jujur, ikhlas, sabar, telus, beretika dan bertanggungjawab serta mencegah diri daripada perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintergriti.
 
Beliau memetik data statistik kes rasuah di laman sesawang SPRM menunjukkan peningkatan kes tangkapan setiap tahun. Daripada 409 kes pada tahun 2017 meningkat ke 418 kes pada tahun 2018 dan ianya terus meningkat kepada 463 kes tangkapan sehingga bulan September 2019.
 
“Ini merupakan isu intergriti yang menjejaskan imej perkhidmatan awam. Ianya juga memperlihatkan bahawa kerajaan amat komited untuk membenteras dan meghapuskan sepenuhnya amalan rasuah bagi mengembalikan kestabilan dan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan awam dan juga kerajaan,” katanya.
 
Beliau berkata, bagi mendokong usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan, UMK akan berusaha memacu ke arah peningkatan ketelusan dengan menerapkan prinsip intergriti di peringkat individu dan organisasi serta kebertanggungjawab dalam semua sistem dan prosedur bagi mengekang penyalahgunaan kuasa, menghapuskan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus di peringkat UMK di setiap Pusat Tanggungjawab untuk memastikan setiap strategi yang telah dirancang dapat dilaksanakan.
 
“Warga UMK perlu menghayati dan memahami ketiga-tiga konsep ini agar menjadi satu rujukan dalam melakukan tindakan supaya nilai-nilai ketelusan, intergriti yang baik dilaksanakan secara konsisten. Intergriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang diamalkan iaitu antara tindakan individu dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta di antara kepetingan diri dan kepetingan umum.
 
“Intergriti organisasi pula diselaraskan dengan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik,” katanya.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK
Read 144 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 12 December 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search