Latest News

UMK UNIVERSITI AWAM PERTAMA TERIMA PENARAFAN ISO 45001/2018 BAGI SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OHSMS)

IMG 20191125 WA0038
 
UMK UNIVERSITI AWAM PERTAMA TERIMA PENARAFAN ISO 45001/2018 BAGI SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OHSMS)
 
BACHOK 24 November I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah sebagai Universiti Awam (UA) pertama menerima pensijilan ISO 45001:2018 Occupational Health and Safety Management System (OHSMS) untuk skop pengurusan dan penyelenggaraan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di seluruh organisasi di Universiti melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH).
 
Penarafan itu diterima selepas penilaian oleh Juruaudit NIOSH Certification Bagi Audit Fasa 2 Pensijilan ISO 45001:2018 yang berlangsung di UMK Bachok, Tangok , Kelantan, pada 24 November 2019.
 
Pengarah CMeOSH, Prof. Ts. Ir. Dr. Hj. Ahmad Rasdan Ismail, berkata, pensijilan itu membuktikan keupayaan pihak pihak pengurusan tertinggi UMK dalam mewujudkan teras utama bagi memastikan kepentingan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada seluruh warga UMK.
 
Laporan dapatan positif Pasukan Audit dari NIOSH Certification Sdn Bhd ini juga menunjukkan bukti yang jelas merujuk kepada sokongan dan komitmen tinggi pihak pengurusan UMK iaitu Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) UMK dalam membina budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMK.
 
Beliau yang juga telah mempengerusikan majlis mesyuarat pembukaan audit fasa 2 ISO 45001:2018 OSHMS di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Bachok juga telah menyampaikan sokongan sepenuhnya pihak universiti dalam  perlaksanaan dan amalan OSH di setiap organisasi yang terdapat di universiti.
 
Sementara itu, Prof. Ts. Ir. Dr. Hj Ahmad Rasdan merakamkan ucapan penghargaan kepada  pasukan JPKKPI UMK dari 26 PTj, Pasukan Pakar Higen Industri UMK, Pasukan Audit ISO: 45001 Dalaman UMK di atas segala usaha, sokongan sepenuhnya dan komitmen dalam perjalanan merealisasikan impian ini iaitu sejak ianya dimulakan pada Julai 2019 hasil dari cetusan inspirasi dan semangat oleh Prof Dato Naib Canselor UMK yang telah mempengerusikan mesyuarat JPKKI UMK Bil 2 pada Julai 2019.
 
Tambah beliau, melalui pengiktirafan penarafan SO 45001:2018 OHSMS  menjadi inspirasi besar untuk UMK   melangkah lebih jauh dan menjadi pendorong dan semangat kepada warga UMK untuk lebih cemerlang pada masa hadapan.
 
“Kejayaan ini menjadi peransang kepada pembangunan OSH UMK yang lebih sistematik serta sekaligus menjadi rujukan dan contoh terbaik kepada institut dan industri yang lain”. katanya.
 
Untuk makluman, pihak UMK juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Negara Tahun 2018 bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan .
 
Anugerah itu telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada Malam Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK
IMG 20191125 WA0041
Read 202 times
Rate this item
(1 Vote)

What Our International Students Say?

Latest Update: 12 December 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search