Latest News

UMK NAIB JUARA SKUASY IPT 2019

IMG 20191202 WA0045

KUALA LUMPUR 1 Disember – Pasukan Skuasy Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempamerkan prestasi cemerlang apabila muncul Naib Juara dan Tempat Ketiga bagi Kategori Perseorangan Individu Wanita Kejohanan Skuasy Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2019 yang berlangsung di Kompleks Skuasy Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Kejayaan itu sekaligus menyumbang satu pingat perak dan pingat gangsa bagi pasukan skuasy UMK di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman En. Shamsul Bahary Salleh.

Pada perlawanan akhir Kategori Perseorangan Individu Wanita Divisyen 2, pasukan UMK yang diwakili Tan Phooi Yee hanya mampu meraih pingat perak selepas tewas kepada Amelinda dari pasukan tuan rumah (UM) dengan mata 11-7, 11-8, 11-4.

Manakala, pada satu lagi perlawanan kategori yang sama Pasukan skuasy UMK yang diwakili oleh Janet Shantini a/p Divid hanya mampu meraih pingat gangsa selepas kalah pada perlawanan separuh akhir kepada Natashya Ilyana Othman (UM) dengan mata 11-5, 11-4, 11-6.

Turut membanggakan pada kejohanan ini apabila salah seorang pemain skuasy UMK iaitu Chia Hui Yee berjaya menduduki tempat ke 17/32 untuk Kategori Perseorangan Individu Wanita Divisyen 2.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Puan Nur Yuhanis Mat Yusoff, pada kejohanan ini kontingen UMK menghantar seramai 32 atlet bagi menyertai pertandingan Kategori Perseorangan Individu Wanita Divisyen 2, untuk Kejohanan Skuasy IPT 2019 yang berlangsung pada
27 hingga 30 November 2019.

Beliau berkata, penyertaan UMK pada kejohanan ini adalah untuk menjadi landasan terbaik untuk meneruskan kecemerlangan sukan skuasy di peringkat antarabangsa.

“Alhamdullilah, dengan pencapain cemerlang ini kita dapat menggalakkan dan mengembangkan lagi sukan skuasy di peringkat universiti serta dapat mencungkil bakat untuk diketengahkan pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian cemerlang penyumbang pingat perak pada kejohanan ini iaitu Tan Phooi Yee atau Jasmine merupakan pelajar Logistik Dan Perniagaan Pengedaran (SAL), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Beliau pernah memenangi pingat Emas Perseorangan Individu Wanita Divisyen 2 - Kejohanan Skuasy IPT 1 Malaysia Sirkit 3 2016 Zon Selatan, Pingat Emas - Kejohanan Skuasy IPT 1Malaysia 2016 Peringkat Akhir dan merangkul Pingat Gangsa – Kejohanan Skuasy IPT 2017 Sirkit 1 dan Pingat Emas – Kejohanan Skuasy IPT 2017 Sirkit 2.

Seterusnya, berjaya memenangi pingat emas pada Kejohanan Skuasy IPT 2017 Peringkat Grandfinal dan tempat ke 11/24 di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SUKIPT) 2018.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Read 106 times Last modified on Monday, 02 December 2019 14:45
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 12 December 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search