Latest News

SUKARELAWAN SISWA UMK SANTUNI MANGSA BANJIR KAMPUNG CHUCHUH PUTERI

IMG 20191217 WA0009
 
KUALA KRAI 14 Disember I Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli mengetuai program gotong – royong dan membersihkan rumah mangsa banjir semasa program Misi Bantuan Pasca Banjir Sukarelawan Siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2019 di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan, baru-baru ini.
 
Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, misi bantuan pasca banjir yang disertai oleh lebih 80 sukarelawan dari Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Laut (PALAPES) Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), Pasukan Askar Wataniah UMK, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Komuniti Sukarelawan (KOSUM) dan Volunteer Malaysia (VM).
 
Katanya, program gotong-royong diadakan selama dua hari bermula pada 13 hingga 14 Disember 2019 membabitkan 86 buah keluarga yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda kawasan tersebut pada awal Disember lalu.
 
Operasi ini dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut pelan lokasi banjir yang melibatkan aktiviti pembersihan (luar dan dalam) rumah.
 
Selain itu,operasi bancian mangsa banjir oleh pasukan PBSM yang diketuai oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Aswan Ismail turut diadakan bersama Seksyen Aktiviti dan Pembangunan Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
 
Tambah beliau lagi, hasil daripada misi tersebut pihak UMK telah membuat pengumpulan maklumat iaitu semakan semula jumlah rumah mangsa banjir yang terlibat, pelaksanaan pembahagian bantuan dan penyelarasan pembahagian tugas kepada pasukan sukarelawan UMK dengan bantuan Ketua Pusat Pemindah Banjir, En Azlan Che Soh.
 
“Misi fasa kedua akan diadakan di lokasi yang sama pada 20 hingga 21 Disember 2019 ini dengan penglibatan seramai 40 sukarelawan UMK, sukarelawan Universiti Awam (UA) dan pasukan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.
 
Pada majlis itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman turut menyampaikan kit bantuan kepada 86 keluarga mangsa banjir di Pusat Komuniti Kampung Chuchuh Puteri.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
 

IMG 20191217 WA0017

IMG 20191217 WA0018

 
 
Read 932 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 26 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search