Latest News

PROGRAM PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN UMK JELAJAH RIAU, INDONESIA

WhatsApp Image 2019 12 19 at 5.19.26 AM

RIAU, INDONESIA I Program Pendidikan Keusahawanan yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi landasan penting kepada UMK untuk menarik lebih ramai pelajar dari negara jiran khususnya di Indonesia untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ini.

Selain itu, pendekatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang begitu agresif mempromosikan pengajian di universiti di dalam negara antara faktor utama peningkatan berkali ganda jumlah mahasiswa Indonesia melanjutkan pengajian di Malaysia.

Justeru, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) kini sedang giat mempromosikan program pendidikan yang ditawarkan di UMK khususnya di dalam bidang keusahawanan untuk menambah bilangan pelajar antarabangsa pada setiap sesi pengajiannya.

Menurut Dekan PPS, Prof. Dr. Razli Che Razak, satu lawatan kerja ke Universitas Muhammadiyah Riau (UMRI), di Riau, Indonesia pada 22 hingga 23 November 2019 telah diadakan dengan objektif utamanya untuk memperkenalkan UMK di universiti di Indonesia.

Beliau berkata, lawatan itu juga adalah hasil daripada termeterainya majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMK dan UMRI pada 7 Ogos 2019.

“Kandungan MoU tersebut, pihak UMRI dijangka akan menghantar seramai 31 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di UMK bagi kemasukan pengajian sesi akademik pada tahun hadapan.

“Pada sesi lawatan itu, delegasi UMK juga telah mengadakan perjumpaan dengan pensyarah atau calon pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah UMK.

Selain itu, turut diadakan pertemuan dan penyeliaan serta pendaftaran sebagai calon pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di UMK,” katanya.

Tambah beliau lagi, satu perbincangan telah diadakan antara UMK dan UMRI bagi meningkatkan lagi hubungan kedua-dua universiti secara konsisten memandangkan pasarannya dan peluang pendidikan lebih luas.

“Persamaan budaya dan bahasa , lokasi yang berdekatan merupakan satu kelebihan kepada UMK untuk membuka peluang kepada mahasiswa Indonesia untuk menyambung pengajian di UMK. Menerusi kerjasama ini di harap hubungan UMK dan UMRI dapat menjalinkan kerjasama di dalam bidang-bidang lain khususnya penyelidikan dan keusahawanan,” katanya.

Pada sesi lawatan itu, Prof. Dr. Razli dan delegasi turut mengadakan lawatan di beberapa lokasi dan universiti lain di sekitar Riau.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 12 19 at 5.19.28 AM

 

Read 580 times Last modified on Thursday, 19 December 2019 14:19
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 26 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search