Latest News

DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN SASTERAWAN IKON UMK

WhatsApp Image 2019 12 19 at 5.19.54 AM

BACHOK 15 Disember I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melantik Sasterawan Negara Malaysia Ke-10, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan sebagai Sasterawan Ikon UMK dalam usaha mengembalikan kegemilangan kesusasteraan Melayu di universiti melalui platform Sasterawan@Universiti.

Pelantikan itu diumumkan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail semasa Program “Bicara Sasterawan Negara” Siri 2 Bersama Dato' Dr. Anwar Ridhwan bertemakan Keusahawanan Dalam Konteks Sastera, di Auditorium Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok, Kelantan, pada 15 Disember 2019.

Pelantikan itu juga adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malek yang mahu memartabatkan bidang kesusasteraan negara di tempat yang selayaknya.

WhatsApp Image 2019 12 19 at 5.19.52 AMMenurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, untuk menjayakan agenda Kementerian ini, UMK telah memilih Dato’ Dr. Anwar Ridhwan sebagai Sasterawan Ikon UMK yang telah dilantik sebagai Sasterawan Negara Malaysia yang ke-10 oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya, pada tahun 2009.

Katanya, semua universiti awam memilih barisan Sasterawan Negara untuk menjadikan mereka sebagai Ikon Sasterawan di universiti masing-masing.

“Dengan pendekatan program ini, UMK mahu mahasiswa dan masyarakat akan didedahkan dengan karya-karya penting sasterawan dan ini akan memeriahkan suasana wacana ilmu di kampus dan menghangatkan kembali persekitaran sastera tempatan.

“KPM mahu menjadikan karya-karya Sasterawan Negara ini tidak hanya terselindung di sebalik rak-rak di perpustakaan sahaja tetapi ianya hendaklah diteliti dan dibedah agar segala isi dan pedoman yang terkandung dalam karya-karya berkenaan mampu memberi impak kepada masyarakat seluruhnya,” katanya.

Tambah beliau, setiap universiti awam juga telah mewujudkan sudut khas bagi menghargai jasa dan pengorbanan Sasterawan Negara untuk memberikan semangat kepada mahasiswa kita dalam menghayati ketokohan dan keilmuan yang wujud dalam pemikiran setiap sasterawan ini.

Justeru, PPI telah mewujudkan sudut khas Koleksi Sasterawan Negara bertempat di PPI UMK Kampus Kota. Walaubagaimanapun Koleksi ini akan dipindahkan ke PPI Bachok setelah bangunan baharu perpustakaan ini diduduki secara rasmi tidak lama lagi.

“Selain daripada itu, KPM melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menggiatkan usaha secara menyeluruh untuk menerbitkan semula karya-karya penting semua Sasterawan Negara agar usaha Sasterawan di Universiti akan dapat diperkukuh melalui keberadaan karya-karya ini.

“Penghargaan kepada sasterawan adalah antara tumpuan KPM untuk mereka terus penting dan relevan sepanjang zaman untuk kita bersama-sama memacu perubahan ke arah pembentukan negara yang lebih baik,” katanya.

Pada majlis itu, Prof. Dato’ Ts . Dr. Noor Azizi menyempurnakan majlis pelancaran empat buku terbaru hasil karya Dato’ Dr. Anwar yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertajuk; Jika Esok Tiba, Parasit & Sesudah Perang, Naratif Ogonshoto dan Satu Tiga Sifar Lima.

Pihak UMK juga melalui Penerbit UMK sedang mengusahakan untuk menerbitkan buku hasil karya Sasterawan Negara pada tahun hadapan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 12 19 at 5.19.54 AM

Read 215 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 14 January 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search