Latest News

UMK, USM DAN YAYASAN SUKARELAWAN MALAYSIA JAYAKAN MISI OPERASI PERMBERSIHAN PASCA BANJIR

IMG 20191226 WA0019
UMK, USM DAN YAYASAN SUKARELAWAN MALAYSIA JAYAKAN MISI OPERASI PERMBERSIHAN PASCA BANJIR
 
JELI 23 Disember I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Malaysia (YSS) mengambil insiatif melaksanakan misi membantu meringankan beban mangsa banjir di daerah Jeli dengan menyertai Misi Pasca Banjir bermula pada 19 hingga 22 Disember 2019.
 
Program selama tiga hari turut melibatkan kerjasama pasukan keselamatan dari Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, RELA, Pejabat Kesihatan Daerah Jeli dan Majlis Daerah serta Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA). Antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir gelombang kedua ini adalah Kampung Ayer Lanas, Gemang dan Kampung Layat.
 
Operasi pembersihan di kawasan tersebut disertai seramai 110 sukarelawan yang ditugaskan untuk membersihkan beberapa buah rumah, sekolah, pondok moden, masjid dan premis perniagaan.
 
Katanya, gelombang banjir kedua yang melanda secara tiba-tiba di daerah ini memusnahkan banyak harta benda, perabot dan peralatan elektrik selepas ditenggalami air dan diselaputi lumpur sedalam 0.5 hingga 3.0 meter.
 
Pihak Pengurusan Universiti merakamkam penghargaan dan terima kasih kepada semua mahasiswa UMK, USM dan YSS kerana sanggup berkorban masa dan tenaga biarpun pada minggu ini merupakan Minggu Ulangkaji Pelajaran sempena Peperiksaan Akhir Semester 2019.
 
Objektif utama misi pasca banjir ini ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada sukarelawan untuk program khidmat masyarakat yang terbabit dengan bencana alam dengan membersihkan kawasan kediaman dan premis perniagaan yang terjejas teruk.
 
Peranan pasukan sukarelawan adalah amat penting terutamanya dalam situasi sekarang dan peranan sukarelawan pada masa ini diperlukan untuk membantu membersihkan rumah, sekolah dan keadaan trauma yang dialami oleh mangsa banjir.
 
Pihak universiti telah melakukan persediaan awal untuk menggerakkan kerja kesukarelawanan dan aktiviti ini adalah sebahagian daripada elemen pembangunan sahsiah diri pelajar di samping melaksanakan kerja amal.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

IMG 20191226 WA0022IMG 20191226 WA0024IMG 20191226 WA0026

 
Read 214 times
Rate this item
(2 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 23 January 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search