Latest News

UMK MULAKAN LANGKAH BERGAYA TAHUN 2020 MENANG ANUGERAH AKADEMIK DI INDIA

IMG 20200111 WA0014
UMK MULAKAN LANGKAH BERGAYA TAHUN 2020 MENANG ANUGERAH AKADEMIK DI INDIA
 
10 Jan 2020
Kochi, India
 
Universiti Malaysia Kelantan terus mengungguli kecemerlangan dalam bidang keusahawanan di peringkat antarabangsa setelah memenangi tempat pertama bagi kategori 'Student-Driven Sustainability Project of the Year Award' yang dibentang oleh Prof. Madya Dr Wee Yu Ghee, Pengarah Pusat Antarabangsa UMK, melalui Projek 'Social Enterprise for Economic Development (SEED)', di Majlis Penganugerahan 2020 Asia-Pacific Triple E Awards on Entrepreneurship and Engagement Excellence in Higher Education  yang diadakan di Kochi Marriott Hotel, India pada 10 Januari 2020.
 
UMK turut memenenangi tempat ketiga bagi kategori 'Entrepreneurial Leader of the Year Award' yang dimenangi oleh Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Pengarah Kanan,  Institut Keusahawanan UMK. 
 
Penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Prof. Dr. Thorsten Kliewe, Pengerusi Accreditation Council For Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) yang merupakan penganjur utama Asia Pacific Triple E Awards 2020. Menurut Prof Dr Thorsten, pihak penganjur menerima melebihi 300 penyertaan daripada 50 lebih universiti di rantau Asia Pasifik untuk 12 kategori penganugerahan.
 
Antara 7 kategori penyertaan yang dihantar,  UMK melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi telah tersenarai sebagai finalist bagi tiga kategori:  Entrepreneurial Leader of the Year Award yang diwakili oleh Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Student-Driven Sustainability Project of the Year Award yang diwakili oleh Prof. Madya Dr Wee Yu Ghee dan Entrepreneurship Educator of the Year Award yang diwakili oleh Ts. Dr. Muhammad Ashlyzan Razik
 
Bersempena Majlis Penganugerahan ACEEU Awards, turut diadakan ialah 3rd International Conference on Sunstainable Globalization bermula 9 hingga 13 Januari 2020. UMK yang diwakili oleh Prof Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, telah menyampaikan pembentangan bertajuk Entrepreneurial Literacy and Entrepreneurship Education for Future Society: The Malaysian Perspective.
 
UMK berbangga dengan pencapaian di rantau Asia Pasifik khususnya dalam bidang keusahawanan dan ini memulakan titik permulaan yang merangsang bagi penerajuan ke peringkat global.
 
Read 858 times Last modified on Saturday, 11 January 2020 18:08
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 2 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search