Latest News

Cimb Career Day Dapat Sambutan Hebat Pelajar UMK

IMG 20200317 WA0045
 
CIMB CAREER DAY DAPAT SAMBUTAN HEBAT PELAJAR UMK
 
BACHOK 11 Mac I Program CIMB Career Day@UMK mendapat sambutan diluar jangkaan penganjur.  Pelajar yang teruja untuk mendengar sendiri peluang kerjaya oleh salah sebuah bank terkenal Malaysia ini awal-awal lagi telah memenuhi 
Auditorium Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok. 
 
Program CIMB Career Day@UMK menampilkan penceramah dari sektor korporat iaitu Pengurus Bahagian Sumber Manusia CIMB Group Holdings Bhd, Miss Chloe Chan Pei Yee yang menyampaikan ceramah bertajuk Careers With a Purpose.  Program ini merupakan projek kemasyarakatan CIMB.  UMK adalah destinasi kedua selepas UNIMAS.
 
Ceramah kerjaya ini dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Zaliman B. Sauli (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), program CIMB Career Day @UMK adalah koloborasi antara Bahagian Pembangunan Kerjaya (BPK) dan CIMB Group Holdings Bhd, dengan menyediakan platform kepada graduan UMK untuk mewujudkan hubungan baik bersama industri berkaitan keboleh pasaran pelajar selepas menamatkan pengajian.
 
“Selain itu, program ini juga bertujuan mendapat input-input  bermanfaat sebagai persediaan awal pelajar untuk mengikuti latihan industri (LI) serta peluang pekerjaan melalui sesi perkongsian dan interaksi bersama industri,” katanya.
 
Sementara itu, pada sesi ceramah oleh Miss Chloe Chan Pei Yee, beliau menyentuh berkenaan isu dan peluang kerjaya pada hari ini yang menagih graduan menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi  baharu merangkumi pelbagai elemen.
 
“Pasaran pekerjaan pada masa kini tidak lagi bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata dan graduan seharusnya membuka minda untuk menerima pengetahuan tentang pelbagai ilmu.
 
“Ciri-ciri pekerja yang dicari-cari oleh majikan, adalah yang berketrampilan, berkebolehan, dan memiliki keyakinan diri yang tinggi,” katanya.
 
Tambah beliau, graduan juga sewajarnya mempunyai sikap dan jati diri yang baik serta mampu menempuh segala cabaran  mendatang. 
 
Beliau turut berkongsi pengalaman ketika bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sehinggalah beliau melibatkan diri dalam dunia perbankan. 
 
“CIMB sebuah syarikat swasta yang mana beliau ingin merasai situasi bekerja di syarikat swasta kerana sebelumnya beliau seorang penjawat awam. 
 
“Secara keseluruhan, pengalaman sepanjang saya bekerja di CIMB sangat menarik dan menyeronokkan kerana saya dapat melakukan kerja yang saya minati dan dapat ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu, ”katanya. 
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
 
Read 112 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 30 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search