Latest News

COVID-19: RESPIRATOR N95 TANDA UMK PRIHATIN DENGAN KEBAJIKAN BARISAN HADAPAN UNIVERSITI MEMERANGI PENULARAN WABAK INI

 
IMG 20200324 WA0070
 
CMEOSH EDAR TOPENG MUKA KEPADA PETUGAS UMK
 
PENGKALAN CHEPA 24 Mac I Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
membuat edaran penutup muka N95 kepada petugas barisan hadapan UMK sepanjang  tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
 
Majlis penyerahan penutup muka itu telah disempurnakan oleh Pengarah CMeOSH, Prof. Ts. Ir. Dr. Rashdan Ismail kepada Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail untuk diagihkan kepada wakil-wakil petugas yang bertugas sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
 
Menurut Prof. Ts. Ir. Dr. Rashdan, 
program hari ini merupakan inisiatif CMeOSH yang prihatin dengan keselamatan dan kesihatan petugas barisan hadapan yang terdedah dengan persekitaran yang terbuka dan berisiko dijangkiti.
 
Beliau berkata melalui pengagihan penutup muka jenis N95 yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan ini  dapat mengelakkan penularan wabak Novel Coronavirus.
 
“Penyediaan alat pelindung diri ini adalah selaras kepada Arahan Pematuhan kepada  Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 Berkaitan Langkah-langkah Pencegahan Terhadap Wabak Jangkitan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di Tempat Kerja yang telah dikeluarkan pada 4 Mac 2020.
 
“UMK sebagai sebuah universiti bertaraf ISO45001:2018 OHSMS pengurusan UMK komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja kami berada dalam keadaan yang terbaik. Pihak CMeOSH telah menyediakan kelengkapan dan peralatan perlindungan kendiri respirator N95 yang terbaik dan lebih awal  kepada staf kami terutamanya pasukan UMK frontliners dalam perjuangan COVID-19 ini,” katanya pada Majlis Sesi Penyerahan Alat Pelindung Kendiri N95 Kepada Petugas UMK, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 24 Mac 2020.
 
Prof. Ts. Ir. Dr. Rashdan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk memastikan kesejahteraan warga UMK agar berada dalam keadaan Selamat dan Sihat.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Read 105 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 30 March 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search