Latest News

MENJENGUK PELAJAR YANG PULANG, WALAU SUDAH BERSAMA KELUARGA, PELAJAR PERLU PATUH PADA PKP

0I1A1086

MENJENGUK PELAJAR YANG PULANG, WALAU SUDAH BERSAMA KELUARGA, PELAJAR PERLU PATUH PADA PKP

KOTA BHARU 4 Mei |Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dinasihatkan mematuhi langkah-langkah pencegahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) biarpun sudah berada di kampung masing-masing.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata, pelajar juga perlu mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) yang selamat iaitu berada dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter dan menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan pembasmi kuman.

Katanya, selain itu pelajar juga perlu sentiasa memakai penutup mulut dan hidung untuk sebarang aktiviti di luar rumah.

“Pelajar juga disarankan untuk meneruskan pembelajaran secara dalam talian dan terus berada di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” katanya selepas meninjau proses Ops Hantar Pelajar Fasa Ketiga ke destinasi Zon Utara, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 3hb Mei.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr. Aswan Ismail.

Sementara itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata Ops Hantar Pelajar yang telah memasuki Fasa Ketiga membabitkan seramai 180 pelajar bagi Zon Utara melibatkan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Jumlah itu termasuk pelajar-pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan kolej swasta.

“Pergerakan bas pada malam ini menggunakan kaedah perkongsian pintar (timbal balik) dimana pelajar kita menaiki khidmat bas yang disediakan oleh rakan institusi pengajian tinggi (IPT) lain dari Zon Utara iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu tiba ke Kelantan,” katanya.

Justeru, beliau berkata koordinasi antara universiti ini amat penting kerana kaedah timbal balik ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kaedah sama juga digunakan untuk perjalanan untuk Zon Tengah dan Zon Timur dimana pelajar dari Selangor dan Kuala Lumpur akan tumpang bas UMK untuk balik ke Kelantan.

“Jadi, ini ialah hasil kerjasama erat antara universiti awam dan sokongan daripada semua pihak untuk memastikan anak-anak pulang dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, merakamkan ucapan penghargaan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama PKU dan Majlis Perwakilan Pelajar UMK yang telah memastikan proses penghantaran pelajar berjalan lancar.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan urusan persiapan pada malam ini yang mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan. Ini termasuk kerjasama dari PDRM, Pejabat Bomba Dan Penyelamat Kota Bharu yang menjalankan proses sanitasi bas dan bagasi pelajar.

“Pihak universiti juga menyediakan edaran makanan berbuka/makan malam untuk pelajar sebelum pergerakan bas yang dijadualkan bertolak tepat jam 9.00 malam,” katanya.

Pihak pengurusan dan warga UMK mendoakan semua pelajar selamat tiba ke destinasi masing-masing dan sekiranya ada rezeki mungkin untuk bersahur bersama keluarga.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

0I1A0925

0I1A0976

0I1A0985

0I1A1079

Read 191 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search