Latest News

DRAMA PENDEK UMK ~ RAYA CARO KITO CATAT LEBIH 40,000 PENONTON TIDAK SAMPAI 24 JAM

WhatsApp Image 2020 05 22 at 1.03.14 PM

KOTA BHARU 22 Mei I Tidak sampai 24 jam disiarkan di laman Facebook Rasmi UMK, drama pendek bertajuk Raya Cara Kita (Rayo Caro Kito) telah mencecah tontonan lebih 40,000 penonton dengan hampir 1000 perkongsian selepas ditayangkan termasuk di semua platform media sosial Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 22 Mac 2020.

Drama pendek terbitan Pusat Komunikasi Korporat (PKK) membawa mesej yang cukup jelas kepada masyarakat tentang tanggungjawab kita dalam memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi arahan Kerajaan agar tidak merentas negeri untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri ini. Pada masa yang sama mempromosikan UMK yang menuju ke arah global dengan menyelitkan UMK KL di dalam skripnya.

Drama Raya Cara Kita digerakkan sepenuhnya oleh warga UMK bermula dari barisan pelakon, kru penggambaran dan kru editing. Penampilan istimewa pelakon Echu Pok Ya Cong Codei menggambarkan pengiktirafan UMK kepada penggiat seni sepenuh masa itu.

Naib Canselor UMK, Prof Dato' Ts Dr. Ts. Noor Azizi Ismail berkata mesej dan objektif drama pendek ini ini jelas supaya masyarakat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tidak merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri selain mengetengahkan nilai murni sambutan hari raya di dalam situasi Norma Baharu.

Katanya, perkara yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri telah berlaku apabila negeri Kelantan kembali mencatat 1 kes baharu yang membabitkan seorang wanita yang merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung untuk bersalin selepas tempoh 32 hari negeri ini berada dalam Zon Hijau.

Mesej filem pendek jelas mendidik masyarakat walaupun tidak pulang ke kampung tetapi kita masih boleh meraikan semangat berhari raya dengan cara kita sendiri,” katanya.

Filem pendek ini juga sebagai salah satu platform publisiti dan promosi dalam meningkatkan visibility UMK apabila ia turut dikongsi oleh rakan-rakan dari negara jiran iaitu Thailand.

Tambah beliau, rata-rata komen penonton positif walaupun pertama kali UMK menerusi PKK menghasilkan drama pendek sempena Hari Raya Aidilfitri.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 22 at 1.03.14 PM 1

Read 626 times Last modified on Friday, 22 May 2020 13:55
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 26 Julai 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search