Latest News

AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI TANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

WhatsApp Image 2020 08 23 at 7.09.45 PM

BACHOK 23 Ogos I Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan menandatangani dokumen iIkrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan sempena Majlis Menandatangani IBR di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, hari ini

Majlis menandatangani IBR tersebut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato' (Dr.) Hussamuddin Hj Yaacub.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Arham Abdullah.

Menurut Dato’ (Dr) Hussamudin, IBR merupakan satu inisiatif dan merupakan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi agar masing-masing lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah sepanjang memegang jawatan.

Beliau berkata, penzahiran akujanji dalam membanteras rasuah merupakan sikap keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh para kepimpinan LPU dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bagi memastikan UMK khususnya bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Justeru, pada hari ini UMK telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah demi memastikan usaha pencegahan rasuah di peringkat Ahli LPU dapat dilaksanakan,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 08 23 at 7.09.44 PM

WhatsApp Image 2020 08 23 at 7.09.44 PM 1

Read 386 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 22 September 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search