Latest News

KERJASAMA UMK DAN RAKAN STRATEGIK ANJUR PROGRAM KEUSAHAWANAN CEO@FACULTY

WhatsApp Image 2020 08 25 at 10.04.23 AM

KUALA LUMPUR 23 Ogos I Sebagai rakan strategik, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Technoriant Sdn. Bhd serta PKT Logistics Group akan terus bekerjasama melaksanakan pelbagai program akademik dan keusahawanan walaupun dalam tempoh sukar ketika pandemik COVID-19.

Justeru, delegasi UMK yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah telah megadakan satu kunjungan rasmi ke pejabat kedua- dua rakan industri sebagai tanda keakraban hubungan yang terjalin.

Kunjungan turut disertai oleh Pengarah Kanan Instistut Keusahawanan UMKEI, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Pengarah Pusat Jaringan Industri Universiti (CUIC), Dr. Shah Iskandar Fahmie Ramlee dan Timbalan Pendaftar UMKEI, Puan Alifah Adnan.

Manakala rakan industri ialah Dato’ Bruce Lim (Technoriant Sdn. Bhd.) dan Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistic Group, Dato’ Micheal Tio (DMT).

Kedua-dua pihak telah menyambut baik hasrat UMK untuk menganjurkan program Collaseum The Arena Entrepreneurship dan Business Pitching yang akan diadakan melalui webinar.

Program ini telah mendapat kerjasama Growth Malaysia yang dinaungi oleh Dato’ Bruce Lim sendiri .

Sementara itu, Dato Micheal Tio yang merupakan tokoh usahawan berjaya dan sifu keusahawanan tanah air bakal mengegarkan kampus universiti awam di Malaysia dengan program Keusahawanan yang dikendalikan oleh beliau sendiri.

Pastinya program-program yang akan dilaksanakan ini dapat memberikan impak kepada para mahasiswa UMK malah seluruh negara ke arah melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran dan pembudayaan usahawan.

Mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dibimbing untuk menjadi usahawan malah mereka dapat mencipta peluang pekerjaan dan mencipta inovasi baharu bersesuaian kehendak masyarakat pada masa depan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Read 338 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 22 September 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search