Latest News

MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA UMK DAN KPN BERFIKIR PERPADUAN BERSAMA RAKYAT

WhatsApp Image 2020 09 06 at 9.32.05 PM

PENGKALAN CHEPA 6 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengenalpasti beberapa kajian ilmiah untuk dilaksanakan secara menyeluruh dalam usaha merangka agenda perpaduan dan intergrasi di peringkat nasional.

Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, UMK adalah universiti kedua selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membantu KPN bagi pelaksanaan kajian menyeluruh berdasarkan fakta.

Katanya, kerjasama ini diharap dapat membantu kementerian merangka lebih banyak pendekatan termasuk dasar perpaduan negara.

"Melalui kerjasama ini juga KPN berharap kajian yang dijalankan oleh UMK dapat membantu berhubung pembangunan draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 yang akan dibentangkan pada penghujung tahun Ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Sesi Maklum Balas PTPN Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KPN dan UMK di Dewan Keusahawanan UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

Menurut YB Datuk Halimah, sesi maklumbalas ini diadakan di semua negeri bagi mengumpul input tentang kefahaman rakyat mengenai cita-cita Rukun negara selain cadangan program yang boleh dilaksanakan bagi mencapai tujuan perpaduan.

Sementara itu, UMK dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membentuk kerjasama melibatkan aktiviti perpaduan dan integrasi nasional yang dianjurkan secara bersama.

MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail manakala KPN diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Wan Suraya Wan Radzi serta disaksikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB. Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Besar Kelantan,  YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Hj. Ahmad Yakob.
 
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Perpaduan Negara, Puan Zahariah Mohd Sarif.
 
Menerusi MoU itu, UMK akan menjadi penggerak utama kepada kerjasama membabitkan aktiviti perpaduan dan intergrasi nasional di negeri Kelantan.
 
Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, kerjasama MoU ini menjadikan UMK dan KPN sebagai rakan strategik dalam melaksanakan aktiviti berkaitan perpaduan dan intergrasi nasional.
 
Katanya, UMK amat berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh KPN bagi menjalankan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan penerbitan berkaitan perpaduan yang akan menyumbang kepada usaha-usaha meningkatkan kesepaduan dan memelihara keharmonian komuniti.

Menerusi MoU itu, Universiti turut mendapat manfaat dalam bidang pembangunan modal insan melalui penempatan pelajar dan kakitangan UMK untuk mendapatkan bimbingan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran baharu berhubung aspek pengurusan perpaduan di KPN.

“Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama meningkatkan modal sosial melalui pelaksanaan program dan aktiviti yang dianjurkan secara bersama bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan muhibah dalam komuniti,” katanya.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021 – 2025 ini adalah perancangan strategik KPN untuk melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional demi memastikan keharmonian, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk di negeri Kelantan.
 
“Justeru, sesi maklumbalas ini adalah penting untuk menerima cadangan atau pandangan masyarakat di negeri ini sebelum dibentangkan kepada kerajaan.
 
“Kedudukan geografi Kelantan, menjadikan perpaduan antara kaum di  negeri ini istimewa berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Read 259 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 22 September 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search