Latest News

MINGGU MESRA MAHASISWA UMK DAPAT TONTONAN TINGGI

WhatsApp Image 2020 10 06 at 2.42.55 PM

BACHOK 6 Oktober I Minggu Orientasi atau Minggu Mesra Mahasiswa (3M) pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sesi akademik 2020/2021 yang disiarkan secara langsung menerusi media sosial rasmi UMK hari ini meraih jumlah tontonan tertinggi.

Program 3M yang dibuat secara atas talian telah ditonton oleh lebih 10,000 penonton khususnya sepanjang siaran langsung itu diadakan di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

WhatsApp Image 2020 10 06 at 2.42.56 PMTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, penyampaian Minggu 3M ditukar sepenuhnya kepada pengisian secara dalam talian bagi memastikan pelajar baharu menerima maklumat daripada pihak Universiti seperti lazimnya diamalkan sebelum ini walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kaedah baharu itu berikutan proses pendaftaran pengajian sesi akademik 2020/2021 pada tahun ini dijalankan secara dalam talian seperti saranan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“Sehingga hari ini (jam 5.00 petang) bilangan penuntut baharu yang mendaftar untuk Sesi 2020/2021 berjumlah 3192 orang pelajar iaitu 91 peratus daripada jumlah tempat 3780 tempat ditawarkan di UMK.

“Semua aktiviti dalam kampus bagi pelajar baharu dibatalkan, namun pelajar akan diberikan pendedahan sebenar dan maklumat mengenai fasiliti di universiti kepada pelajar baharu bagi tujuan suai kenal pemimpin pelajar, pensyarah, pentadbiran serta fasiliti di universiti melalui siaran langsung di media sosial.

“Sepanjang lima hari program 3M berlangsung, pelajar boleh ikuti siaran live streaming di Facebook, Instagram Rasmi UMK dan youtube UMKTV untuk sesi Taklimat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Taklimat Pusat Kesihatan Universti (PKU), Amanat Naib Canselor, Taklimat Akademik (TNC Akademik dan Antarabangsa), Taklimat Kokurikulum, Pengisian Kerohanian, Pemimpin Mahasiswa bersama Mahasiswa Baharu dan sebagainya,” katanya.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, untuk memudahcara komunikasi pelajar baharu berhubung satu aplikasi sosial media diwujudkan dimana setiap kumpulan terdiri dari 30 ahli dan dipantau oleh seorang fasilitator 3M.

“Tujuan utama whatapps kumpulan itu diwujudkan adalah untuk pelajar baharu mengajukan pelbagai soalan dan pertanyaan kepada fasilitator dengan bantuan pegawai.

“Penyampaian melalui platform bagi aktiviti-aktiviti sempena 3M menerusi dalam talian ini juga diwajibkan kepada semua pelajar baharu termasuk pelajar yang mendaftar secara fizikal dan memilih untuk menetap di kolej kediaman, ” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 10 06 at 2.43.02 PM

Read 217 times Last modified on Tuesday, 06 October 2020 14:47
Rate this item
(1 Vote)

What Our International Students Say?

Latest Update: 19 Oktober 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search