Latest News

UMK GERAKKAN INISIATIF PEMATUHAN SOP KESELAMATAN KESIHATAN DI KALANGAN WARGANYA BENDUNG PENULARAN COVID-19 DI KESEMUA KAMPUSNYA.

WhatsApp Image 2020 10 16 at 5.00.45 PM

BACHOK 14 Oktober I Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) mengambil inisiatif dengan mengagihkan 3000 keping pelitup muka kepada 26 Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Fakulti dalam usaha mencegah risiko jangkitan berikutan peningkatan penularan pandemik COVID-19.


Pengarah CMeOSH, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Ismail berkata, pengagihan pelitup muka kepada warga UMK ini adalah selaras kepada pematuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Arahan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk mewajibkan warga UMK memakai pelitup muka.


Katanya, pematuhan pemakaian ini mewajibkan pemakaian pelitup muka di bilik mesyuarat, bilik kuliah dan tempat yang mempunyai aktiviti pengumpulan ramai.


“Agihan dua kotak pelitup muka di setiap PTj dan Fakulti telah mula dilaksanakan bermula 1 Oktober 2020.


“Selain itu, penguatkuasaan penggunan aplikasi MySejahtera dan pengguna UMK V - Integrated Screening System (UMK- VISS) juga telah digunapakai dalam kalangan warga UMK bagi kawalan penularan COVID-19,” katanya.


Menurut Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan, penggunaan PPE pelitup muka merupakan pendekatan yang perlu bagi mengurangkan risiko terdedah daripada wabak penularan pandemik COVID-19.


Beliau berharap dengan penggunaan PPE pelitup muka ini dapat diamalkan beserta langkah pengawalan risiko yang lain bagi memastikan semua warga UMK yang berada di kawasan kerja berada dalam keadaan selamat dan sihat.


“Pemakaian pelitup muka merupakan salah satu mitigasi untuk mencegah risiko jangkitan penularan wabak COVID-19 seiring sembilan Garis Panduan Pencegahan Terhadap Wabak COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak CMeOSH pada 26 Mac 2020,” katanya.


Sementara itu, pemasangan UMK-VISS yang telah dibangunkan oleh para penyelidik dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi UMK ini telah bermula pada 29 September hingga 1 Oktober 2020 di UMK Kampus Jeli, di UMK Bachok dan UMK Kampus Kota.
Menurut beliau juga UMK-VISS ini telah diserahkan pengoperasian dan kendalian aset di bawah kawalan sepenuhnya setiap PTj atau fakulti yang terlibat.


Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Read 178 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 19 Oktober 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search