Latest News

YAPEIM SERAH SUMBANGAN PROGRAM FOOD BANK

WhatsApp Image 2020 11 02 at 1.46.07 PM

PENGKALAN CHEPA 2 November I Seramai 400 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari Kampus Kota dan Kampus Jeli yang tergolong dari kalangan B40 menerima sumbangan makanan sempena Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).


Majlis penyampaian sumbangan Food Bank YaPEIM itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Tuan Ahmad Marzuk Shaary dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, semalam.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Ketua Jabatan Komuniti YaPEIM Negeri Kelantan, Encik Azman bin Zakaria.


Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, sumbangan ini adalah satu inisiatif cakna pihak YaPEIM dan UMK bagi membantu pelajar dalam menghadapi pandemik COVID19.


Terdahulu seramai 300 orang pelajar dari kalangan B40 telah menerima sumbangan Food Bank YaPEIM 1.0 dengan enam (6) kali agihan pada Februari 2020.


Sementara itu, majlis penyerahan sumbangan food bank YaPEIM kali ini diserahkan kepada 400 orang pelajar UMK yang berada di Kampus Kota dan Jeli.


Keberadaan pelajar UMK di kampus adalah bagi mengunakan kemudahan WIFI bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.


Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 11 02 at 1.46.08 PM

Read 132 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 16 November 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search