Latest News

Ahli akademik sewajarnya memahami peranan dan tanggungjawab mereka

WhatsApp Image 2020 11 09 at 9.17.24 AM

PENGKALAN CHEPA 4 November I Ahli akademik sewajarnya memahami peranan dan tanggungjawab mereka,”ujar Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail.

Katanya, peranan pensyarah tidak hanya berfokuskan kepada bidang pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi turut merangkumi penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

“Pensyarah juga perlu mengajar dengan sebaik mungkin serta memberikan yang terbaik kepada pelajar.

“Seterusnya, mereka perlu membuat kajian kerana hasil dari kajian atau penemuan yang diperoleh dari penyelidikan itu dapat dikongsi kepada pelajar.

“Melalui hasil yang peroleh dari penyelidikan perlu dikongsi kepada pelajar dan penemuan itu perlu didokumentasikan untuk penerbitan dan sebagainya,” katanya pada Program Naib Canselor Bersama Akademik Muda dan TNCPI Campus Tour 2020, yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, pada 3 November 2020.

Program julung kali diadakan itu dihadiri oleh 280 pensyarah muda dari ketiga-tiga kampus.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pendaftar UMK, Pn. Mazula Sabudin.

Terdahulu Prof. Ts. Dr. Arham telah menyampaikan taklimat berhubung Program TNCPI Campus Tour 2020 yang menjelaskan struktur dan perkhidmatan yang terdapat dibawah pentadbiran TNCPI yang melibatkan polisi dan dasar universiti berkaitan keusahawanan, penyelidikan, inovasi, pengkomersilan dan perundingan.

Beliau turut menerangkan secara umum polisi, dasar dan garis panduan yang melibatkan permohonan geran, penerbitan dan pengkomersilan bagi melonjakan lagi kualiti dan kuantiti penyelidikan serta penerbitan di universiti.

Turut berlangsung ialah ruang pameran penyelidikan dan inovasi serta booth perkhidmatan dan jualan yang diadakan di Dewan Eksprimental, UMK Kampus Kota.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 11 09 at 9.17.27 AM

Read 82 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 16 November 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search