Latest News

9 STAF KUMPULAN PELAKSANA UMK TERIMA SURAT KENAIKAN PANGKAT BACHOK

WhatsApp Image 2020 11 17 at 2.32.37 PM

16 November I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meraikan seramai sembilan staf dari Kumpulan Pelaksana yang menerima Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1), di Bilik Seminar 2, UMK Bachok, Kelantan, pada 16 November 2020.


Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pendaftar UMK, Pn. Mazula Sabudin sempena Sesi Penerangan Syarat dan Tatacara Kenaikan Pangkat (STEPS) Pentadbiran anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HRM), Pejabat Pendaftar UMK.


Staf pelaksana yang menerima kenaikan pangkat ialah En. Norzie Haslizam Mat Hassan (Pembantu Tadbir (P/O) dari Gred N19 ke Gred N22), En. Mohd Zaidy Mohd Zaid (Pembantu Keselamatan Gred KP19 ke Gred KP22), En. Shazwaen Mat Kassim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Gred FA29 ke Gred FA32), Mohd Sahidi Md Zahid (Penolong Jurutera dari Gred JA29 ke Gred JA32) dan En. Fauzan Shamsuddin (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Gred FA29 ke Gred FA32).


Turut menerima kenaikan pangkat ialah En. Mohd Binyamin Che Yaacob (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari Gred S29 ke Gred S32), En. Kamarulzaman Ab Rahman (Penolong Jurutera dari Gred JA29 ke Gred JA32), Pn. Noor Salwani Sallehuddin (Pembantu Pustakawan dari Gred S19 ke Gred S22) dan En. Mohd Khairul Anuar Mat Hussin (Pembantu Tadbir (P/O) dari Gred N19 ke Gred N22).


Sementara itu, Sesi Penerangan Syarat dan Tatacara Kenaikan Pangkat (STEPS) Pentadbiran diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan kepada staf berhubung syarat-syarat dan tatacara kenaikan pangkat staf pentadbiran yang berkuatkuasa.


Sesi taklimat oleh Puan Mazula itu turut diadakan secara dalam talian menerusi Platform Google Meet.


Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 11 17 at 2.32.39 PM

WhatsApp Image 2020 11 17 at 2.32.38 PM

Read 132 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 16 November 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search